Penilaian guru terhadap penggunaan modul murid asas 1 numerasi program LINUS 2.0 di kelas pemulihan khas / Norliza Ismail

Norliza , Ismail (2020) Penilaian guru terhadap penggunaan modul murid asas 1 numerasi program LINUS 2.0 di kelas pemulihan khas / Norliza Ismail. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (213Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (1650Kb)

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk melihat penilaian guru terhadap penggunaan Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0 di kelas pemulihan. Isu dan permasalahan kajian ini berkaitan dengan masalah murid tidak menguasai numerasi setelah tiga tahun pembelajaran di sekolah rendah. Jadi, kajian tinjauan tentang penggunaan Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0 telah dilaksanakan. Kajian ini melibatkan 110 orang guru pemulihan khas sekolah rendah di Melaka. Dapatan kajian ini dikumpulkan melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada guru pemulihan khas. Data dikumpulkan secara deskriptif menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai pandangan bahawa kandungan Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0 adalah sangat memberi impak kepada pencapaian murid LINUS2.0. Melalui ujian ANOVA, terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0 dengan kandungan Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0. Walau bagaimanapun, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0, penguasaan konstruk saringan LINUS2.0, penguasaan kandungan Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0 dan semakan Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0 dengan jantina guru LINUS2.0. Tidak terdapat perbezaan signifikan antara penggunaan Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0, penguasaan konstruk saringan LINUS2.0 dan penguasaan kandungan Modul Murid Asas 1 Numerasi Program LINUS2.0 dengan jawatan guru LINUS2.0. Implikasi kajian ini ialah guru-guru perlu diperlengkapkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap positif yang tinggi bagi memastikan program LINUS2.0 berjalan dengan lancar dan mencapai objektif untuk meningkatkan kadar numerasi di sekolah rendah.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Penilaian guru; Program Linus2.0; Kelas pemulihan khas; Konstruk saringan; Penyeleaian masalah
      Subjects: L Education > LC Special aspects of education
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 10 Nov 2024 05:51
      Last Modified: 10 Nov 2024 05:51
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15131

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item