Siti Hawa, Ramlee (2019) Kekangan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sukan dan permainan sekolah rendah di Johor / Siti Hawa Ramlee. Masters thesis, Universiti Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (211Kb) | |
PDF (Thesis M.A.) Download (877Kb) |
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kekangan penglibatan murid sekolah rendah dalam aktiviti kokurikulum sukan dan permainan di negeri Johor. Responden kajian terdiri daripada 351 orang murid (182 lelaki dan 169 perempuan) sekolah rendah dari zon Maharani di daerah Muar, Johor. Semua responden telah memberi maklum balas dengan menggunakan borang soal selidik Raymore, Godbey, Crawford dan Von Eye (1993) yang telah diubah suai oleh Aminuddin Yusof (2002). Instrumen ini mengandungi 45 item yang dibahagikan kepada tiga konstruk iaitu struktur, intrapersonal dan interpersonal. Statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai telah digunakan dalam kajian ini. Begitu juga ujian inferensi ANOVA, MANOVA dan korelasi Spearman. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kekangan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sukan dan permainan adalah sederhana. Faktor utama yang menjadi kekangan penglibatan murid dalam kokurikulum sukan dan permainan adalah faktor interpersonal. Selain itu, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara kekangan kokurikulum dengan lokasi sekolah serta di antara kekangan kokurikulum dari segi faktor interpersonal dan faktor intrapersonal dengan jantina. Kekangan bagi faktor struktur, faktor intrapersonal dan faktor interpersonal adalah tinggi bagi murid lelaki berbanding murid perempuan. Hubungan yang signifikan juga berlaku antara kekangan murid dari segi faktor intrapersonal dengan penglibatan aktiviti kokurikulum sukan. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak sekolah untuk memastikan semua murid melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Manakala ibu bapa haruslah sentiasa memberi dorongan, perangsang dan sokongan moral serta kewangan kepada anak mereka agar dapat menarik minat dan terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019. |
Uncontrolled Keywords: | Kokurikulum; Sukan; Permainan; Sekolah rendah; Faktor interpersonal |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum |
Divisions: | Faculty of Education |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 10 Nov 2024 05:30 |
Last Modified: | 10 Nov 2024 05:30 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15170 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |