Aplikasi tazkir wa ta’nith dalam penulisan karangan pelajar persediaan ke Timur Tengah / Muhammad Zahri Abdul Karim

Muhammad Zahri , Abdul Karim (2021) Aplikasi tazkir wa ta’nith dalam penulisan karangan pelajar persediaan ke Timur Tengah / Muhammad Zahri Abdul Karim. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (238Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (1457Kb)

      Abstract

      Penulisan karangan merupakan satu proses yang sukar dan rumit. Dalam penulisan karangan bahasa arab, para pelajar perlu menguasai perkara yang asas iaitu aspek tatabahasa. Antara tajuk yang perlu dikuasai oleh mereka ialah konsep tazkir wa ta’nith. Oleh itu, kajian berbentuk kuantitatif dan menggunakan teknik analisis dokumen ini dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui tahap penguasaan para pelajar persediaan bahasa arab di Pusat Bahasa Arab Selangor terhadap aplikasi penggunaan tazkir wa ta’nith dalam penulisan karangan mereka. Data kajian diambil daripada transkrip jawapan penulisan karangan kesemua peserta kursus berjumlah 65 orang pelajar bagi ujian pertama dan kedua yang dijalankan. Bagi menjamin keesahan dan kebolehpercayaan analisis data, pengkaji telah menjalankan kajian rintis dan menggunakan kaedah semakan tiga orang pakar yang memenuhi beberapa kriteria. Pengkaji memperolehi sebanyak 768 penggunaan tazkir wa ta’nith dengan 577 penggunaan tazkir dan 191 penggunaan ta’nith telah dilakukan oleh para pelajar. Manakala, dari segi kesalahan tazkir wa ta’nith yang dilakukan oleh mereka secara keseluruhannya berjumlah sebanyak 101 kesalahan dengan 63 kesalahan bagi konsep tazkir dan 38 kesalahan bagi konsep ta’nith. Susunan kategori kesalahan mengikut kekerapan yang tertinggi adalah jumlah ismiyyah, al-sifah wa al-mausuf, al-mausul wa ‘a’iduhu, al-‘adad wa al-ma’dud dan jumlah fi’liyyah. Ringkasnya, pengkaji dapat menyatakan bahawa bilangan kekerapan kesalahan aplikasi tazkir wa ta’nith yang dilakukan oleh para pelajar persediaan adalah lebih rendah berbanding bilangan kekerapan aplikasi penggunaan tazkir wa ta’nith dengan kategori kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh mereka ialah kategori jumlah ismiyyah.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2021.
      Uncontrolled Keywords: Tazkir Wa ta’nith; Tatabahasa; Pusat Bahasa Arab Selangor; Penulisan karangan; Bahasa Arab
      Subjects: L Education > LC Special aspects of education
      P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 04 Dec 2024 07:17
      Last Modified: 04 Dec 2024 07:17
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15174

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item