Pengaruh budaya politik terhadap penglibatan politik belia Melayu di Marang, Terengganu / Azrie Azeh

Azrie , Azeh (2024) Pengaruh budaya politik terhadap penglibatan politik belia Melayu di Marang, Terengganu / Azrie Azeh. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Declaration)
Restricted to Repository staff only

Download (183Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Restricted to Repository staff only until 31 December 2026.

    Download (2467Kb)

      Abstract

      Belia ialah aset negara yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan. Oleh itu, kajian berkaitan dengan budaya politik golongan belia Melayu ini sangat penting dan memberi penumpuan kepada faktor aspirasi belia, pendidikan politik, media massa, pembentukan budaya politik belia Melayu dalam penglibatan politik golongan belia. Kajian ini mendapati, masih ramai dalam kalangan belia hari ini yang tidak berdaftar sebagai pemilih dan tidak berminat untuk melibatkan diri dalam politik, serta tahap penglibatan politik mereka adalah rendah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pembentukan budaya politik yang mempengaruhi penglibatan belia Melayu dalam politik, menganalisis hubung-kait pengaruh media massa dalam mempengaruhi budaya politik golongan belia dan menghuraikan faktor pendidikan serta pengaruh media massa terhadap budaya politik golongan belia Melayu dan penglibatan belia dalam politik. Kajian ini dilaksanakan di daerah Marang yang terletak di kawasan pinggir bandar Terengganu. Dua metodologi digunakan, iaitu kuantitatif, dengan mengedarkan borang soal-selidik kepada responden dan kualitatif, menggunakan kaedah temu bual. Seramai 455 orang belia berumur sekitar 15 hingga 39 tahun menyertai kajian ini. Terdapat sembilan orang informan yang terlibat dalam kajian ini. Sebelum kajian sebenar dilaksanakan, kajian rintis dijalankan terlebih dahulu bagi memastikan tahap kebolehpercayaan instrumen yang digunakan tidak diragui. Hasil analisis kajian ini mendapati, faktor demografi responden jantina, umur, pendidikan, media massa, pendapatan dan pekerjaan turut mempengaruhi aspirasi belia, pendidikan politik belia, budaya politik belia dan penglibatan belia dalam politik, tetapi berada pada tahap yang lemah. Analisis korelasi kajian juga turut mendapati hubungan aspirasi belia, pendidikan politik, media massa, budaya politik dan penglibatan belia dalam politik mempunyai hubungan yang signifikan dan positif. Walaupun hubungan korelasi hanyalah sederhana dan lemah, tetapi hubungannya adalah positif. Keputusan ini menunjukkan bahawa, terdapat hubungan signifikan yang mempengaruhi budaya dan penglibatan politik belia. Dapatan daripada kajian temu bual bersama sembilan orang informan, menunjukkan faktor demografi turut mempengaruhi pembentukan budaya politik belia Melayu dalam penglibatan politik. Selain itu, kajian ini mendapati, wujud beberapa faktor lain lagi yang mempengaruhi budaya belia Melayu kawasan pinggir bandar melibatkan diri dalam politik, antaranya faktor keluarga dan persekitaran setempat. Kajian ini juga mendapati, terdapat dua jenis budaya politik yang menjadi amalan belia di kawasan kajian, iaitu budaya tradisional dan budaya politik baru, berdasarkan kepada lokasi tempat tinggal belia. Terdapat beberapa pandangan yang dikemukakan oleh informan berkaitan faktor persekitaran, keluarga, masa, minat dan hubungan sosial.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Malay Studies, Universiti Malaya, 2024.
      Uncontrolled Keywords: Aspirasi; Belia Melayu; Budaya politik Melayu; Media massa; Pendidikan politik
      Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
      J Political Science > JA Political science (General)
      Divisions: Academy of Malay Studies > Jabatan Sosio-Budaya Melayu
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 08 Nov 2024 06:46
      Last Modified: 08 Nov 2024 06:46
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15241

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item