Analisis terjemahan fitur parataksis Arab Melayu dalam novel Kalilah dan Dimnah berdasarkan linguistik fungsional sistemik / Abdul Hadi Marosadee

Abdul Hadi , Marosadee (2021) Analisis terjemahan fitur parataksis Arab Melayu dalam novel Kalilah dan Dimnah berdasarkan linguistik fungsional sistemik / Abdul Hadi Marosadee. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (219Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (1147Kb)

      Abstract

      Binaan ayat bahasa Arab seringkali terbentuk melalui cantuman sejumlah klausa dalam satu ayat yang dihubungkan oleh waw al-‘aṭf (kata hubung waw). Majoriti sarjana bahasa Arab menakrifkan kata hubung waw ini dengan makna penggabungan antara klausa. Penggunaan kata hubung waw yang berlebihan boleh menimbulkan kekeliruan dalam memahami makna dan fungsi yang disebabkan oleh pertindihan makna. Kajian ini meneliti makna-makna bagi kata hubung waw yang terdapat dalam novel Kalilah Dan Dimnah dengan membandingkan teks sumber (TS) dengan teks terjemahan (TT). Novel ini merupakan novel bahasa Arab yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu terbitan syarikat Alasfiyaa, Malaysia. Bagi meneliti makna kata hubung waw, teori klausa kompleks daripada Linguistik Fungsional Sistemik (LFS) oleh Halliday &Matthiessen (2014) diaplikasi bersesuaian dengan fungsi asal kata hubung waw yang berperanan untuk membentuk klausa kompleks. Hasil kajian mendapati majoriti kata hubung waw dalam TS memberi makna peluasan sebanyak 66%, diikuti makna peningkatan untuk menerangkan alur cerita sebanyak 28.6% dan makna perincian sebanyak 5.4%. Penterjemahan kata hubung waw didapati tidak terhad kepada “dan”, tetapi terjemahan seperti “kerana” dan “tetapi” juga digunakan oleh penterjemah. Hasil kajian mendapati bahawa penterjemah menggunakan strategi tertentu dalam menterjemahkan klausa kompleks melalui kata hubung waw seperti pengguguran dan penambahan klausa, mengalih makna dan keterikatan klausa melalui strategi peralihan taksis, makna dan jumlah klausa. Kesimpulannya, teori LFS sesuai diaplikasi untuk meneroka kajian terjemahan Arab-Melayu secara lebih luas lagi dan tidak terhad kepada peringkat klausa semata-mata.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2021.
      Uncontrolled Keywords: LFS; Taksis; Waw; Klausa kompleks; Terjemahan; Arab; Melayu
      Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 08 Nov 2024 06:29
      Last Modified: 08 Nov 2024 06:29
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15250

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item