Unsur personifikasi dalam antologi cerpen Peravai Kathaikal / Jayanthy Krishanan

Jayanthy , Krishanan (2021) Unsur personifikasi dalam antologi cerpen Peravai Kathaikal / Jayanthy Krishanan. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (216Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (1133Kb)

      Abstract

      Kajian ini mengkaji unsur personifikasi dalam antologi cerpen Peravai Kathaikal. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti unsur personifikasi yang wujud dalam antologi cerpen Peravai Kathaikal dari tahun 2009, 2010, 2012, 2013, 2014, 2015 dan 2016. Selain daripada itu, pengkaji juga menghuraikan makna unsur personifikasi dalam antologi cerpen Peravai Kathaikal. Bagi mencapai objektif ini, unsur personifikasi yang terdapat dalam antologi cerpen Peravai Kathaikal dianalisis. Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif untuk menjalankan kajian ini. Data utama kajian ini ialah 58 cerpen yang diperoleh daripada buku antologi cerpen Peravai Kathaikal dari tahun 2009, 2010, 2012, 2013, 2014, 2015 dan 2016. Sebanyak 98 sampel kajian yang diperolehi dari antologi cerpen Peravai Kathaikal yang mengandungi unsur personifikasi telah dicatitkan dan dianalisis bagi menerangkan makna yang terdapat di antologi cerpen Peravai Kathaikal. Kerangka teori bahasa kiasan Knickerbocker dan Reninger (1963) dan teori jenis makna Leech (1981) telah digunakan untuk menganalisis data kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan unsur-unsur personifikasi yang wujud dalam antologi cerpen Peravai Kathaikal terdiri daripada 4 aspek iaitu aspek bahan buatan manusia, aspek imej alam, aspek anggota badan manusia dan aspek-aspek lain. Aspek-aspek tersebut membawa 5 jenis makna iaitu 54 makna konotatif, 39 makna afektif, 1 makna refleksi, 3 makna kolokatif dan 1 makna tematik. Pengkaji mendapati unsur personifikasi yang digunakan oleh penulis-penulis antologi cerpen Peravai Kathaikal adalah terdiri daripada makna yang berbeza di mana, maknanya lebih daripada makna denotatif. Ini merupakan gaya dan kebijaksanaan para penulis cerpen untuk melontarkan idea dalam penulisannya untuk menarik minat pembaca. Oleh itu, sesuatu mesej atau perkara yang ingin disampaikan, difikirkan dan dirasakan oleh penulis antologi cerpen Peravai Kathaikal dapat memberikan satu impak yang tinggi kepada para pembaca. Penggunaan unsur personifikasi juga menjadikan bahasa dalam cerpen lebih menarik di kalangan masyarakat.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2021.
      Uncontrolled Keywords: Peravai Kathaikal; Cerpen; Antologi; Makna tematik; Unsur personifikasi
      Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 06 Nov 2024 05:45
      Last Modified: 06 Nov 2024 05:45
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15319

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item