The Cambodian refugees in Kelantan / Nik Zaharah Nik Din

Nik Zaharah , Nik Din (1977) The Cambodian refugees in Kelantan / Nik Zaharah Nik Din. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    Masalah orang-orang pelarian telah menjadi begitu ketara selepas jatuhnya negara-negara Indo-China (Kemboja, Laos dan Vietnam Selatan) ke tangan komunis dalam tahun 1975. Keadaan kucar-kacir dalam ketiga-tiga buah negara itu telah memaksa berates-ratus ribu rakyatnya lari meningglkan negara tanah tumpah darah sendiri untuk mencari perlindungan di mana-mana negara yang sanggup menerima mereka. Sebahagian besar dari mereka telah pun diterima oleh beberapa buah negara terutamamnya Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan beberapa buah negara Eropah dan tidak ketinggalan juga oleh beberapa negara di Asia Tenggara. Penerimaan itu adalah atas dasar perikemanusiaan. Malaysia adalah satu sebuah negara yang telah mengambil keputusan menerima orang-orang pelarian dari Kemboja untuk bermastautin tetap di negara ini. Kajian ilmiah ini menumpukan perhatian khusus kepada 263 keluarga orang-orang pelarian yang berada di Kelantan yang mana pada keseluruhannya adalah terdiri dari kaum Cham-Melayu yang beragama Islam dari Kampuchea. Seramai 80 orang atau 30.42% dari keseluruhan bilangan orang-orang pelarian yang kebanyakannya terdiri dari ketua-ketua keluarga orang pelarian yang kebanyakannya terdiri daripada ketua-ketua keluarga telah digunakan sebagai contoh dalam kajian ini. Pada kseluruhannya, mereka bolehlah dikatakan telah mendapat layanan istimewa dari semua pihak yang berkenaan dari kerajaan Malaysia, kerajaan Negeri Kelantan dan rajyat Kelantan sendiri. Mereka telah diberi sambutan istimewa yang luarbiasa oleh segolongan besar masyarakat Kelantan dengan memberikan berbagai-bagai kemudahan bagi membolehkan mereka memulakan penghidupan baru. Walaubagaimanapun, beberapa masalah awal terutamanya masalah ekonomi, sosial dan politik terpaksa mereka alami sebelum mereka dapat menyesuaikan diri ke dalam masyarakat Kelantan. Beberapa masalah penyelewengan tabiat juga terdapat di kalangan mereka terutama sekali pertelagahan atau pertentangan norma-norma sosial yang ditimbulkan oleh mereka akibat dari nilai-nilai sosial berbeza. Hal ini dibincangkan dalam bab VI di mana dikemukakan beberapa perbuatan yang boleh dianggap menyeleweng pada pandangan masyarakat tempatan. Bagi penutup menghuraikan sedikit sebanyak tentang peranan yang dimainkan oleh golongan-golongan tertentu yang bertanggungjawab dalam menjayakan proses asimilasi antara orang-orang pelarian dengan penduduk-penduduk tempatan yang telah tercapai setakat ini. Jika diberikan tempoh tiga hingga lima tahun lagi, di mana mereka dapat bertutur loghat Kelantan dengan lebih fasih dan dengan adanya kahwin campuran, maka adalah diharapkan sebelum tamatnya tempoh Dasar Ekonomi Baharu, “saudara baru” itu dapat sama-sama memainkan peranan yang lebih positif dalam perkembangan pembangunan negara ini-negara angkat yang menjadi “negara ibu kandung”.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1977.
    Uncontrolled Keywords: Cambodian refugees; Cham-Malay; Indo-China; Economic welfare; UNCHR
    Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
    H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 06 Nov 2024 06:27
    Last Modified: 06 Nov 2024 06:27
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15342

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item