Analisis keperluan golongan belia gelandangan di Chow Kit, Kuala Lumpur / Nurmahfuzah Razak

Nurmahfuzah , Razak (2024) Analisis keperluan golongan belia gelandangan di Chow Kit, Kuala Lumpur / Nurmahfuzah Razak. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (231Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Restricted to Repository staff only until 31 December 2025.

    Download (1827Kb)

      Abstract

      Gelandangan merupakan satu permasalahan sosial sejagat. Gelandangan berpunca daripada interaksi pelbagai faktor yang saling terkait, termasuk faktor individu, sosial dan faktor struktural. Golongan gelandangan terdiri daripada pelbagai latar belakang; termasuklah golongan belia gelandangan yang merupakan tumpuan kajian ini. Walaupun terdapat pelbagai bentuk intervensi dan perkhidmatan telah disediakan oleh pelbagai pihak, permasalahan gelandangan masih tidak mampu ditangani secara sepenuhnya. Hal ini menimbulkan persoalan sama ada program bantuan dan perkhidmatan yang disediakan memenuhi keperluan golongan belia gelandangan ini. Bagi memahami dengan lebih mendalam berkenaan bentuk keperluan golongan belia gelandangan, satu kajian kualitatif telah dilakukan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan belia menjadi gelandangan, menganalisis masalah dan defisit keperluan yang dihadapi oleh golongan belia gelandangan, dan mencadangkan serangkaian tindakan pemantapan terhadap program-program intervensi sosial sedia ada untuk memenuhi keperluan golongan belia gelandangan agar mereka dapat hidup berdikari dan kembali berintergrasi ke dalam masyarakat. Kajian kualitatif ini menggunakan teknik temubual secara mendalam bagi mengumpulkan maklumat daripada 22 orang belia gelandangan yang hidup bergelandangan di jalanan serta tinggal di bilik sewa di sekitar kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur. Kajian ini mendapati golongan belia gelandangan dapat memenuhi keperluan fisiologi mereka; namun, masih tidak mampu memenuhi keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, punya-mempunyai (belonginess) dan penerimaan (acceptance), keperluan kendiri, keperluan kognitif, keperluan kemahiran dan keperluan kesempurnaan diri masih tidak mampu dicapai secara sepenuhnya. Kajian ini mencadangkan agar program intervensi sosial yang dirancang dan dilaksanakan perlu memenuhi defisit keperluan serta mampu memperkasakan golongan belia gelandangan agar mereka dapat keluar daripada kehidupan bergelandangan dan kembali berintegrasi ke dalam masyarakat.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2024.
      Uncontrolled Keywords: Belia gelandangan; Defisit keperluan; Analisis keperluan; Teori Hierarki Keperluan Maslow; Chow Kit
      Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
      H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
      Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Social Administration & Justice
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 23 Sep 2024 07:14
      Last Modified: 23 Sep 2024 07:14
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15407

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item