Chan , Min Xuan (2023) Penerokaan seni grafiti dalam membantu mengurangkan gangguan emosi murid sekolah rendah di Kuala Lumpur / Chan Min Xuan. Masters thesis, Universiti Malaya.
![]() | PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (262Kb) |
![]() | PDF (Thesis M.A.) Download (1876Kb) |
Abstract
Emosi dalam diri seseorang murid merupakan elemen yang penting bagi mewujudkan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan. Namun didapati semakin ramai murid sekolah rendah yang menghadapi masalah gangguan emosi kerana masalah peribadi, masalah keluarga, masalah rakan dan media sosial serta masalah guru dan sekolah sehinggakan guru perlu memikirkan solusi untuk membantu mereka. Kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan seni grafiti dalam membantu mengurangkan gangguan emosi murid sekolah rendah di Kuala Lumpur. Secara khususnya, kajian mencadangkan reka bentuk seni grafiti sekolah rendah, proses penghasilan dan implementasi seni grafiti terhadap emosi murid. Kajian berbentuk kualitatif telah dijalankan di sebuah sekolah rendah dengan melibatkan empat orang murid. Peserta kajian dipilih secara persampelan bertujuan berdasarkan prestasi dalam kelas dan ujian minda sihat. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Data kajian dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan reka bentuk seni grafiti yang digunakan oleh murid sekolah rendah ialah reka bentuk huruf dan gabungan. Pemilihan adalah berdasarkan kefahaman dan kebolehan mereka dalam seni huruf. Menerusi dapatan, proses menghasilkan grafiti oleh murid-murid sekolah rendah diperlihatkan dalam lima langkah, iaitu proses penyediaan awal, proses eksperimentasi, proses melakar, proses mewarna dan proses pengemasan dan penambahbaikan. Berdasarkan proses penghasilan karya yang dilakukan, didapati emosi murid adalah positif dan bertambah baik khususnya dari aspek keyakinan, motivasi dan kepuasan murid semasa proses penghasilan seni grafiti. Konklusinya, seni grafiti dapat membantu mengurangkan gangguan emosi murid-murid sekolah rendah dengan mengekspresikan emosi masing-masing dengan kaedah yang menarik. Guru-guru boleh merancang aktiviti seni grafiti bagi murid-murid dengan mengambilkira reka bentuk dan proses untuk menghasilkan seni grafiti dari kajian ini. Justeru, kajian mencadangkan supaya seni grafiti boleh digunakan sebagai terapi untuk murid sekolah yang menghadapi masalah emosi dan boleh diperluaskan di sekolah menengah.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2023. |
Uncontrolled Keywords: | Seni grafiti; Gangguan emosi; Murid; Prose malakar; Proses kolaboratif |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology L Education > LC Special aspects of education |
Divisions: | Faculty of Education |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 04 Feb 2025 03:54 |
Last Modified: | 04 Feb 2025 03:54 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15510 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |