Analisis landskap linguistik bahasa kiasan di kuil-kuil Hindu di Malaysia / Sharmeeny Nair Govindasamy

Sharmeeny , Nair Govindasamy (2022) Analisis landskap linguistik bahasa kiasan di kuil-kuil Hindu di Malaysia / Sharmeeny Nair Govindasamy. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (219Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A)
    Download (2285Kb)

      Abstract

      Bahasa kiasan digunakan untuk menyampaikan sesuatu perkara secara ringkas, membawa makna yang mendalam dan berkesan (Hashimah, 2014). Kini penggunaan bahasa kiasan dalam kehidupan seharian masyarakat didapati semakin berkurangan (Arunasalam, 2017). Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah boleh diambil untuk memulihkan keadaan ini. Salah satunya ialah penggunaan bahasa kiasan di tempat-tempat awam bagi ramai orang dapat membaca dan membelajari bahasa kiasan. Menurut Ranee (2017) penggunaan bahasa kiasan dapat dilihat pada papan tanda dan dinding di kuil-kuil Hindu. Kajian ini telah dijalankan di tempat ibadat Hindu di mana sambutan perayaan Thaipusam diraikan secara meriah. Thaipusam merupakan salah satu perayaan yang terkenal dan disambut secara besar-besaran di kuil-kuil Hindu. Penyelidikan ini menekankan tiga objektif utama iaitu mengenal pasti jenis bahasa kiasan yang terpapar pada papan tanda dan dinding di kuil-kuil Hindu di Malaysia. Objektif yang kedua adalah untuk membincangkan ciri bahasa kiasan yang terpapar pada papan tanda dan dinding di kuil-kuil Hindu di Malaysia berdasarkan Prinsip Penstrukturan Landskap Linguistik dan objektif yang terakhir pula meninjau perspektif pengunjung terhadap bahasa kiasan yang terpapar pada papan tanda dan dinding di kuil-kuil Hindu di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian kualitatif. Kaedah penyelidikan kualitatif dirancang membantu mengungkapkan tingkah laku dan persepsi responden kajian dengan merujuk kepada topik tertentu. Kaedah analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis bahasa kiasan di kuil-kuil Hindu. Kajian ini juga merupakan satu kajian lanpangan iaitu menjalankan kajian terhadap suatu fenomena atau situasi. Pengkelasan bahasa kiasan yang dicadangkan oleh Kumarasamypillai (1926) dan Prinsip Penstrukturan LL (Principles Of Structuration) yang direkakan oleh Ben-Rafael (2009) telah dipilih untuk menganalisis data. Persambelan bertujuan dipilih sebagai sampel kajian yang terdiri daripada 44 bahasa kiasan yang dikumpulkan dari empat buah kuil. Instrumen kajian yang telah dipilih adalah papan tanda dan temubual. Hasil kajian menunjukan bahawa jenis bahasa kiasan yang kerap digunakan di kuil-kuil Hindu adalah lagu pujaan dewa-dewi, Thirukkural dan kata-kata Hikmat. Teks bahasa kiasan pada papan tanda dan dinding kuil mengandungi aspek warna, bahasa, imej dan informasi yang berdasarkan Prinsip Penstrukturan LL. Perkara ini membantu untuk memahami kandungan papan tanda dan menarik perhatian pengunjung ke kuil-kuil Hindu tersebut. Pengunjung berpendapat bahawa bahasa kiasan yang terpapar pada papan tanda dan dinding di kuil menekankan ciri budaya masyarakat India dan memberikan informasi mengenai etika, nilai-nilai moral dan prinsip kehidupan manusia. Kajian ini juga dijalankan untuk menyedarkan masyarakat tentang bahasa kiasan Tamil yang terdapat di kuil sebagai medium untuk mendidik masyarakat masa kini dan pada masa akan datang.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A) – Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2022.
      Uncontrolled Keywords: Bahasa kiasan; Landskap linguistik; Thaipusam; Kuil; Masyarakat India
      Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 29 Jul 2025 08:00
      Last Modified: 29 Jul 2025 08:00
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15700

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item