Saraswathi , Subrmaniam (2019) Pelaksanaan pendekatan komunikatif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Tamil di sekolah kebangsaan Negeri Selangor / Saraswathi Subrmaniam. Masters thesis, Universiti Malaya.
![]() | PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (231Kb) |
![]() | PDF (Thesis M.A) Download (1030Kb) |
Abstract
Kajian ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan pendekatan komunikatif yang digunakan oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil di Negeri Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi, strategi dan pemerolehan sumber pendekatan komunikatif yang digunakan oleh guru-guru Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sampel kajian adalah seramai 65 orang guru Bahasa Tamil yang dipilih secara persampelan rawak dari sepuluh buah daerah iaitu daerah Petaling Perdana, daerah Petaling Utama, daerah Klang, daerah Sepang, daerah Gombak, daerah Kuala Langat, daerah Kuala Selangor, daerah Sabak Bernam, daerah Hulu Langat dan daerah Hulu Selangor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi dan pemahaman guru Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan terhadap pendekatan komunikatif dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kebangsaan mengikut jantina dan menganalisis kepelbagaian strategi pedagogi mengikut pengalaman, pengkhususan dan lokasi. Teori kajian ini ialah teori komunikatif fungsian menggunakan Model Harmer (1983) dan Model Johnsan (1982). Kaedah Kuantitatif telah digunakan oleh pengkaji untuk membuat penganalisaan data. Bagi pengumpulan data instrumen seperti borang soal selidik telah digunakan. Kesahan soal selidik adalah berdasarkan kepada penilaian beberapa orang pakar kajian lepas manakala kebolehpercayaannya pula diperoleh melalui kajian rintis yang dijalankan apabila nilai Cronbach Alpha adalah 0.899. Secara umumnya purata bagi tahap pemahaman guru terhadap pendekatan komunikatif ialah tinggi (M = 4.02, SP = .72), diikuti persepsi guru terhadap pelaksanaan pendekatan komunikatif dalam pnp Bahasa Tamil (M = 4.02, SP = .62), seterusnya pemerolehan sumber pengetahuan pendekatan komunikatif dalam pnp Bahasa Tamil (M = 3.57, SP =.69), seterusnya masalah dalam pelaksanaan pendekatan komunikatif dalam pnp Bahasa Tamil (M = 3.61, SP = 1.03). Namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penggunaan strategi pedagogi yang digunakan oleh guru mengikut gender, lokasi dan bidang pengkhususan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019. |
Uncontrolled Keywords: | Pengajaran komunikatif; Bahasa Tamil; Teknik perbincangan; Pembimbing; Interaktif |
Subjects: | L Education > L Education (General) P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Faculty of Education |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 08 Sep 2025 03:06 |
Last Modified: | 08 Sep 2025 03:06 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15732 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |