Norazmah , Rashid (2004) Kajian tentang majalah pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu fokus: Fajar Asia / Norazmah Rashid. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
![]()
| PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree) Download (13Mb) | Preview |
Abstract
Bidang persuratkhabaran Melayu mula di rintis pada tahun 1876 iaitu dengan kelahiran Jawi Peranakan. Bidang ini kemudiannya telah berkembang dan sehingga Perang Dunia Kedua dianggarkan terdapat tidak kurang 183 jenis akhbar dan majalah Melayu yang diterbitkan. Ini menunjukkan terdapat usaha yang giat dikalangan orang Melayu untuk memajukan bidang ini. Namun pada zaman pendudukan Jepun bidang persuratkhabaran Melayu telah mengalami kemerosotan, hanya 16 jenis akhbar dan majalah Melayu yang dikenalpasti wujud pada zaman pemerintahan baru tersebut. Ini kerana pelbagai sekatan dan prosedur telah dikuatkuasakan oleh akta penerbitan Jepun yang berpusat di Singapura. Kuasa ini telah menjadikan bidang penerbitan sebagai salah satu alat penyampai propaganda kerana ia penting untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama dari penduduk tempatan. Majalah Fajar Asia yang dipelopori oleh Zainal Abidin Ahmad merupakan salah satu penerbitan yang wujud pada zaman pemerintahan Jepun yang juga tidak ketinggalan membawa mesej propaganda Jepun. Namun begitu penulis cuba menjadikannya medium untuk menaikkan sentimen perjuangan menentang penjajah dengan menanamkan semangat cintai tanah air khususnya dikalangan orang Melayu. Matlamat golongan penulis ini di sampaikan secara berselindung disebalik puji-pujian didalam penulisan rencana, pantun, syair, sajak dan juga bait-bait lagu yang terdapat di dalam majalah Fajar Asia. Namun begitu, matlamat golongan penulis ini secara keseluruhannya gagal dicapai kerana beberapa kesulitan sama ada disebabkan oleh faktor luaran ataupun kelemahan Fajar Asia sendiri. Walaupun begitu, majalah yang sempat diterbitkan sebanyak 19 keluaran ini telah menjadi pelopor Gerakan kemerdekaan kemudiannya sehinggalah Tanah Melayu akhimya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Bachelor’s Degree – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2003/2004. |
Uncontrolled Keywords: | Fajar Asia; Tanah Melayu; Jepun; Penerbitan; Perjuangan |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 24 Apr 2025 07:14 |
Last Modified: | 24 Apr 2025 07:14 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15923 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |