Mohamed Ali , Haniffa (2004) Sejarah perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis, Pahang (1913-1996) / Mohamed Ali Haniffa. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Bachelor's Degree) Download (20Mb) | Preview |
Abstract
Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis yang telah diasaskan pada tahun 1913 telah mencapai usia 90 tahun pada tahun 2003 Institusi pendidikan ini merupakan sebuah intitusi pendidikan beraliran lnggeris yang tersohor di daerah Kuala Lipis dan negeri Pahang amnya. Peranan institusi ini dalam memperkayakan pendidikan di daerah Kuala Lipis, negeri Pahang dan persekutuan amnya tidak dapat dinafikan. Motto Ad Sapietiam yang menjadi penyuluh utama bermula dari tahun pengasasannya sehingga kini telah menjadi intipati kejayaan yang amat penting. Kini CSKL terus menempuhi arus kemajuan pendidikan khususnya dalam dasawarsa yang semakin mencabar Penulis telah memilih tajuk ini kerana institusi ini telah berjaya menjadi institusi ulung dalam melahirkan gcncrasi masyarakat yang berilmu dan berdisiplin. lnstitusi ini telah Berjaya melahirkan tokoh tokoh berwibawa di peringkat tempatan, negeri dan juga negara sudah tentunya SKL mcmpunyai suatu formula dalam melahirkan generasi yang benar-benar berketrampilan. Kajian ini juga sedikit sebanyak telah menerangkan mengenai beberapa perubahan penting di CSKL khususnya dari aspek fizikal, kurikulum dan ko kurikulum. Beberapa tindakan drastik pihak Kementerian Pendidikan, sekolah dan masyarakat massa telah sedikit sebanyak memainkan peranan bagi mengekalkan sekolah ini sebagai sebuah institusi pendidikan yang ulung, bersejarah dan terawal di negeri Pahang.
| Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
|---|---|
| Additional Information: | Bachelor's Degree – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2003/2004. |
| Uncontrolled Keywords: | Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford; Kementerian Pendidikan; Pahang; Institusi pendidikan; SISP |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences |
| Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
| Date Deposited: | 19 Nov 2025 01:25 |
| Last Modified: | 19 Nov 2025 01:25 |
| URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/16249 |
Actions (For repository staff only : Login required)
| View Item |