Orang bidayuh dalam politik Sarawak: satu kajian kes di Kampung Sapit, Padawan, Kuching, Sarawak / Sikim Gandek.

Sikim, Gandek (1991) Orang bidayuh dalam politik Sarawak: satu kajian kes di Kampung Sapit, Padawan, Kuching, Sarawak / Sikim Gandek. Other thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (6Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian jni dibuat terhadap masyarakat Bidayuh di kawasan Padawan. Dalam kajian ini pengkaji teiah memilih Kampung Sapit sebagai sasaran utama dj samping Kampung-kampung Tebia yang lain di kawasan Padawan. Tumpuan kajian ialah tentang pengiibatan dan kedudukan orang Bidayuh dalam politik Sarawak. Bab I, pengkaji menghuraikan tentang metodologi atau langkah-langkah yang boleh diambil untuk melengkapkan latihan ilmiah ini serta masalah-masaiah kajian. Bab II, pengkaji menghuraikan tentang latarbelakang geografi, masyarakat, ekonomi, sosial dan kepercayaan di Kampung Sapit. Pengkaji juga menggambarkan kawasan kajian dari aspek sejarah serta penduduknya. Bab III, pengkaji menumpukan kepada penyertaan dan perilaku politik di kawasan Tebia Padawan. Selain daripada itu, pengkaji menjelaskan tentang sub-kelompok Bidayuh yang lebih kecil yang terdapat di Padawan serta asal-usul mereka. Dalam bab ini iuga pengkaji menghuraikan aspek-aspek yang berkaitan antara kawasan orang Bidayuh di Padawan dan di daerah yang lain yang banyakmenimbulkan pergolakan politik orang Bidayuh secara amnya. Dalam Bab IV, pengkaji membincangkan peranan dan kegiatan Dayak Bidayuh National Association (DBNA) yang begitu banyak mempengaruhi kehidupan orang Bidayuh. Selain daripada itu, memerihalkan faktor-faktor yang mendorong atau sebaliknya kegiatan politik kepartian orang Bidayuh adalah perkara utama daiam bab ini. Dalam Bab V, pengkaji menghuraikan kawalan dan pengkaderan politik di Padawan. Di antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah SUPP cawangan Padawan, peraran SABIRKAS (Kesatuan Belia Sarawak), peranan Tebia Regional Development Committee {TRDC} dan politik wang. Dalam Bab VI, pengkaji membuat kesimpulan bagi kesemua bab-bab yang telah dihuraikan secara panjang lebar ke dalam satu rangka yang agak lengkap. Pengkaji seterusnya menghuraikan aspek-aspek yang boleh mempengaruhi perpaduan dan masa depan orang Bidayuh. Pengkaji juga memuatkan andaian-andaian tentang ketidakmantapan politik orang Bidayuh yang mungkin menimbulkan konflik serta masalah kepada mereka di Sarawak dan Padawan khasnya. Pada keseluruhannya, kajian di lakukan untuk menggambarkan, memaparkan dan menghuraikan keadaan politik orang Bidayuh khususnya di Padawan dan amnya di negeri Sarawak. Di samping itu perbandingan boleh dibuat di antara masyarakat Sarawak dengan masyarakat di Semenanjung Malaysia dan perpaduan antara kaum dan dalam kaum itu sendiri.

    Item Type: Thesis (Other)
    Additional Information: Latihan ilimah bagi memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk Ijazah Sarjana Musa Sastera
    Uncontrolled Keywords: Bidayuh (Bornean people); Political activity; Politics and government; Ethnology; Kampung Sapit (Sarawak); Sarawak
    Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography
    G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Faizal Hamzah
    Date Deposited: 15 Aug 2013 11:49
    Last Modified: 15 Aug 2013 11:49
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/4051

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item