Terjemahan kata kerja bahasa Jepun ke Bahasa Melayu dalam sari kata filem animasi Jepun / Sarinah Binti Sharif

Sharif, Sarinah (2014) Terjemahan kata kerja bahasa Jepun ke Bahasa Melayu dalam sari kata filem animasi Jepun / Sarinah Binti Sharif. PhD thesis, University Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (456Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (293Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (475Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (410Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (362Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (716Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (261Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (754Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (704Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (248Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (183Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (1005Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF
                          Download (919Kb) | Preview
                            [img]
                            Preview
                            PDF (Full Text)
                            Download (722Kb) | Preview

                              Abstract

                              Disertasi ini mengkaji tentang terjemahan kata kerja bahasa Jepun (BJ) kepada bahasa Melayu (BM) dalam sari kata dua buah filem animasi Jepun. Dua buah filem animasi Jepun berkenaan berjudul Majo no Takkyubin (魔女の宅急便)dan Umi ga Kikoeru(海が聞こえる). Kajian ini bertujuan meneliti dan mengenalpasti pola variasi kata kerja yang terdapat dalam kapsyen bahasa Jepun (bahasa sumber) dan teks sari kata bahasa Melayu (bahasa sasaran) dengan membandingkan bentuk-bentuk morfologi dan makna kata kerja daripada kedua-dua bahasa. Perbandingan ini sekaligus bertujuan mencari perkaitan antara konjugasi kata kerja bahasa Jepun dan padanannya dalam bahasa Melayu. Disamping itu, kajian ini juga dijalankan untuk melihat bagaimana kata kerja bahasa Jepun diterjemahkan kepada padanan bahasa Melayu dengan mengambil kira faktor tatabahasa dan sosiolinguistik. Sebanyak lima persoalan kajian yang telah dikemukakan untuk mencapai tujuan ini. Data kajian melibatkan sejumlah 1103 kata kerja bahasa Jepun (556 kata kerja daripada filem Majo no Takkyubin (魔女の宅急便)) dan 547 kata kerja daripada filem Umi ga Kikoeru(海が聞こえる)dan 389 kata kerja bahasa Melayu (184 kata kerja daripada filem Majo no Takkyubin (魔女の宅急便)dan 205 kata kerja daripada filem Umi ga Kikoeru(海が聞こえる)yang dikaji dan diteliti. Melalui perisian komputer Concapp Windows Application (Copyright © Chris Greaves 1993-2003) dan berdasarkan bentuk konjugasi Thaiyibah dan Kami (1997), pengkaji telah menyenarai, mengkategori dan mengenalpasti variasi dan bentuk kata kerja yang digunakan dalam kedua-dua kapsyen BJ dan sari kata BM. Berpandukan teori Padanan Dinamis Nida (1964), lima strategi Terjemahan Kata Kiasan Larson (1984) dan sepuluh Strategi iv Penyarikataan Gottlieb (1992), pengkaji telah mengenalpasti dengan jelas bagaimana kata kerja BJ ini diterjemahkan ke BM dan apakah ciri-ciri yang mempengaruhi dalam pemilihan padanannya. Dapatan analisis korpus pula menunjukkan kata kerja BJ menggunakan lebih banyak variasi (bentuk kata kerja) berbanding kata kerja BM dengan jumlah kekerapan/ frekuensi penggunaan sesuatu kata kerja bahasa Melayu adalah lebih tinggi berbanding jumlah kekerapan penggunaan kata kerja bahasa Jepun. Penggunaan bentuk konjugasi kata kerja BJ yang paling banyak ialah dalam bentuk kamus, bentuk ta dan bentuk te. Bentuk kata kerja terbitan BM yang paling banyak digunakan dalam sari kata BM ialah kata terbitan yang berakhiran {-kan}. Namun begitu, kata kerja dalam sari kata BM lebih banyak digunakan dalam bentuk kata dasar atau kata unggulan. Sementara itu, kajian mendapati bahawa terdapat beberapa strategi terjemahan kata kerja BJ ke kata kerja BM iaitu pendekatan pemindahan, generalisasi, pemecahan/pemotongan, penambahan, ringkasan, peniruan dan pengguguran yang sering dilakukan pada tahap pemilihan leksikal dan bentuk kata kerja BM yang turut dipengaruhi oleh faktor sosiolinguistik daripada kedua-dua bahasa berdasarkan situasi konteks yang di berikan.

                              Item Type: Thesis (PhD)
                              Additional Information: Thesis (Ph.D.) – Faculty of Languages And Linguistics, University Malaya, 2014
                              Uncontrolled Keywords: Terjemahan kata kerja
                              Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
                              Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
                              Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                              Date Deposited: 10 Mar 2015 09:57
                              Last Modified: 10 Mar 2015 09:57
                              URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/4596

                              Actions (For repository staff only : Login required)

                              View Item