Pengunderaitan dalam produk takaful keluarga: Kajian dari perspektif ekonomi Islam / Aisyah Mustafa

Aisyah, Mustafa (2015) Pengunderaitan dalam produk takaful keluarga: Kajian dari perspektif ekonomi Islam / Aisyah Mustafa. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (1574Kb) | Preview

    Abstract

    Dalam operasi insurans, pengunderaitan adalah proses yang amat penting bagi menentukan kadar bayaran premium yang bakal dikenakan kepada individu yang ingin diinsuranskan. Proses ini melibatkan penaksiran dan pemeriksaan terhadap individu bagi menetapkan kadar dan kelas risiko. Syarikat takaful mempunyai amalan yang sama dengan syarikat insurans dalam proses pengunderaitan. Jika amalan pengunderaitan yang diamalkan di syarikat takaful adalah sama seperti syarikat insurans, ini bermakna segala isu yang dihadapi oleh syarikat insurans yang berkaitan dengan proses pengunderaitan berkemungkinan juga berlaku dalam syarikat takaful. Dalam insurans, isu pengunderaitan yang mengambil kira faktor jantina dan latarbelakang keluarga dilihat sebagai tidak adil oleh sarjana insurans. Takaful juga mengguna pakai kaedah pengunderaitan yang sama. Proses pengunderaitan yang rigid juga boleh menyekat penyertaan orang ramai untuk menyertai takaful. Oleh itu, fokus utama kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan syariah mengenai amalan pengunderaitan yang dilakukan dalam industri takaful sama ada ia menepati syariah ataupun tidak. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian melalui buku-buku, kertas kerja, dan jurnal. Manakala kajian lapangan dilakukan dengan menggunakan metod temubual. Temubual ini dijalankan bersama pengunderait di syarikat takaful terpilih dan beberapa orang penasihat syariah. Hasil kajian ini mendapati bahawa proses pengunderaitan di syarikat takaful bertepatan dengan prinsip syariah.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) - Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: produk takaful keluarga; Operasi insurans; Proses pengunderaitan; Prinsip syariah
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HJ Public Finance
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 28 Apr 2015 13:14
    Last Modified: 25 Nov 2021 08:04
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5022

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item