Analisis makna implisit dan eksplisit dalam penterjemahan buku ‘Rihlah Ibn Battutah’ ke Bahasa Melayu / Syed Nurulakla bin Syed Abdullah

Syed Nurulakla, Syed Abdullah (2015) Analisis makna implisit dan eksplisit dalam penterjemahan buku ‘Rihlah Ibn Battutah’ ke Bahasa Melayu / Syed Nurulakla bin Syed Abdullah. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1860Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini mengemukakan analisis tentang makna implisit dan eksplisit dalam penterjemahan buku ‘Rihlah Ibn Battutah’ ke bahasa Melayu, yang berjudul Pengembaraan Ibn Battutah. Analisis telah dijalankan terhadap 149 set dialog yang dikumpulkan daripada keseluruhan buku ‘Rihlah Ibn Battutah’ (2002). Dalam penterjemahan, ujaran yang disampaikan dalam bentuk makna implisit dan eksplisit dalam bahasa Arab tidak semestinya sesuai untuk dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu. Hal ini menimbulkan kesukaran dan menyebabkan wujudnya fenomena keterbalikan, iaitu bentuk makna yang implisit diterjemahkan menjadi bentuk makna yang eksplisit dan sebaliknya. Analisis ini menyasarkan peninjauan bentuk-bentuk makna implisit dan eksplisit dalam buku ‘Rihlah Ibn Battutah’ selain meninjau pengaruh budaya dalam penterjemahan ini dan strategi yang digunakan oleh penterjemah untuk menangani kesukaran penterjemahan bentuk makna implisit dan eksplisit tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan reka bentuk kajian kes dan analisis tekstual berlandaskan pendekatan pengeksplisitan (explicitation) yang dikemukakan oleh Klaudy dan Károly (2005) dan Pym (2005). Penganalisisan data telah dilaksanakan dengan menggunakan perisian ATLAS.ti bagi tujuan pengekodan berdasarkan taksonomi dan tema-tema yang dipacu oleh data yang diperoleh dan dibina oleh pengkaji sendiri. Dapatan kajian bukan sahaja menunjukkan bahawa pengeksplisitan dan pengimplisitan didorong oleh faktor budaya secara umumnya malah juga dipengaruhi dengan ketara oleh faktor agama, ciri retorik bahasa Arab (Balāghah), leksiko-tatabahasa, pragmatik, pilihan v komunikasi dan nilai kesantunan bahasa sasaran serta strategi komunikasi dialog itu sendiri. Semua faktor ini perlu diberikan penekanan khusus oleh penterjemah dalam menghadapi kesukaran penterjemahan bentuk makna implisit dan eksplisit. Kajian ini diharapkan akan mencetuskan minat dan fokus yang lebih mendalam terhadap strategi pengeksplisitan dan pengimplisitan dalam penterjemahan merentas bahasa lain di dunia.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. 2015.
    Uncontrolled Keywords: Rihlah Ibn Battutah
    Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 25 Jun 2015 09:26
    Last Modified: 25 Jun 2015 09:27
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5522

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item