Sokongan organisasi dan konflik kerja-famili terhadap pengayaan kerja-famili dalam kalangan wanita profesional di Sarawak / Surena bt Sabil

Sabil, Surena (2012) Sokongan organisasi dan konflik kerja-famili terhadap pengayaan kerja-famili dalam kalangan wanita profesional di Sarawak / Surena bt Sabil. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Bagi merealisasikan visi negara ke arah negara maju pada tahun 2020, pelbagai usaha yang agresif telah dijalankan seperti wujudnya pelbagai program transformasi yang memerlukan komitmen daripada semua pihak tanpa mengira ideologi, latarbelakang, budaya dan gender. Seiring dengan visi negara, penghargaan terhadap penglibatan wanita bekerja perlu ditingkatkan kerana sumbangan berterusan mereka dalam pembangunan modal insan negara. Senario ini telah menyebabkan berlakunya transformasi terhadap tren demografi yang mempengaruhi komposisi tenaga kerja, peningkatan famili dwi-kerjaya, famili tunggal dan kekaburan peranan. Seterusnya, kepelbagaian peranan yang dialami oleh wanita bekerja turut menimbulkan implikasi negatif seperti tekanan, namun pada hakikatnya terdapat manfaat dan hikmah bagi wanita yang bekerja. Oleh itu, kajian ini telah melihat perspektif positif iaitu manfaat yang diperolehi oleh wanita bekerja apabila kerja dan famili digabungkan dengan penggunaan terma pengayaan kerja-famili. Secara khususnya, kajian in mengkaji dua faktor utama iaitu faktor individu dan sokongan organisasi dalam mempengaruhi pengayaan kerja-famili. Faktor individu terdiri daripada konflik kerja-famili, konflik famili-kerja, masa kerja dan masa famili. Faktor sokongan organisasi pula meliputi dasar mesra famili dan budaya kerja famili. Kajian ini menggunakan rekabentuk sequential explanatory strategy yang melibatkan dua fasa kajian. Fasa pertama melibatkan kajian survei manakala Fasa kedua melibatkan kaedah temubual. Dalam kajian survei atau Fasa pertama borang soal selidik telah digunakan dan diedarkan kepada 226 wanita bekerja di sektor awam seluruh negeri Sarawak. Dalam kajian temubual atau Fasa kedua pula 20 orang pegawai wanita daripada Fasa pertama telah dipilih sebagai responden. Dapatan kajian mendapati purata masa kerja adalah 43 jam seminggu dan masa famili adalah 3 jam sehari. Ujian structural equation modeling menunjukkan model pengayaan kerja-famili mencapai tahap kesepadanan model yang sederhana dalam kalangan wanita profesional di Sarawak. Model ini mendapati faktor individu yang terdiri daripada konflik kerja-famili, konflik famili-kerja dan faktor organisasi iaitu dasar mesra famili dan budaya kerja-famili mempengaruhi pengayaan kerja-famili dan pengayaan famili-kerja. Dapatan temubual menyokong pembentukkan model pengayaan kerja-famili dengan menghubungkan kewujudan sokongan famili dan segmentasi kerja famili membantu wanita bekerja mengimbangi peranan kerja dan famili. Secara teorinya, dapatan kajian ini menunjukkan jurang yang kecil antara teori dan kajian yang berteraskan konflik dan pengayaan. Dari aspek praktikal, kajian mendapati berlakunya pengayaan kerja-famili yang mencadangkan bahawa wanita bekerja telah mendapat banyak manfaat dan berlaku limpahan positif akibat kepelbagaian peranan. Beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan terutamanya terhadap dasar mesra famili dan amalan budaya kerja famili agar dapat membantu wanita bekerja mengoptimumkan kapasiti bekerja dan seterusnya mencapai keseimbangan kerja dan famili.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) -– Faculty of Economics and Administration, University of Malaya, 2012
    Uncontrolled Keywords: Work-life balance--Malaysia--Sarawak; Work and family--Malaysia--Sarawak; Women employees--Malaysia--Sarawak; Women--Employment--Malaysia--Sarawak
    Subjects: J Political Science > JF Political institutions (General)
    Divisions: Faculty of Economics & Administration
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 15 Jun 2015 11:32
    Last Modified: 15 Jun 2015 11:32
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5566

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item