Pemahaman makna tersirat dalam interaksi kanak-kanak prasekolah / Noor Azmira binti Mohamed

Mohamed, Noor Azmira (2015) Pemahaman makna tersirat dalam interaksi kanak-kanak prasekolah / Noor Azmira binti Mohamed. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Pemahaman makna tersirat bermaksud memahami maksud dalaman (tersirat) sesuatu ujaran iaitu maksud yang berbeza dari makna linguistik atau teks. Lenneberg mengatakan bahawa kebolehan kanak-kanak memahami ujaran telah wujud sebelum kanak-kanak boleh bertutur lagi. Lantaran itu, adalah tidak mustahil jika pemahaman makna tersirat juga telah wujud dalam diri kanak-kanak seawal usia tiga tahun lagi. Kajian ini dilakukan bagi membuktikan tahap sebenar pemahaman makna tersirat kanak-kanak prasekolah kerana kanak-kanak sering dianggap hanya memahami perkara-perkara ‘mudah’ yang diujarkan oleh orang dewasa. Dapatan kajian ini diharap dapat digunakan oleh ibu bapa untuk membantu memperkembangkan potensi diri kanak-kanak dalam kecekapan berbahasa serta membantu pihak yang berkenaan merancang pembelajaran bahasa yang sesuai dengan keupayaan pemahaman kanak-kanak. Ujaran kanak-kanak prasekolah yang diambil secara spontan semasa mereka berkomunikasi ditranskripsikan dan seterusnya dianalisis dengan menggunakan kaedah Analisis Perbualan (Conversation Analysis). Pemahaman makna tersirat kanak-kanak prasekolah telah dinilai menggunakan Konsep Implikatur Perbualan, Prinsip Kerjasama Grice serta penilaian berdasarkan keupayaan kanak-kanak mengujar dan memahami pertanyaan yang mengandungi pelbagai maksud tersirat. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah telah menguasai pemahaman makna tersirat dengan baik. Keupayaan ini boleh dikaitkan dengan pengaruh persekitaran kanak-kanak sendiri yang ternyata banyak dipengaruhi oleh budaya masyarakat Melayu yang begitu kaya dengan penggunaan bahasa ‘indirect’ dalam perbualan harian bagi menyampaikan pelbagai hajat tersirat. Namun, analisis data juga menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah tidak dapat memahami makna tersirat ujaran yang mempunyai unsur-unsur kiasan, peribahasa, simpulan bahasa dan sebagainya. Hal ini kerana dalam sesetengah keadaan, kanak-kanak jarang didedahkan dengan penggunaan perkataan-perkataan yang lebih bersifat abstrak yang hanya sering digunakan oleh orang dewasa sahaja. Apatah lagi dalam budaya masyarakat Melayu sendiri yang begitu mementingkan nilai-nilai kesopanan dan bercakap dengan cara ‘beralas’ dalam ‘perkara-perkara tertentu’ telah menyebabkan kanak-kanak tidak banyak mendapat pendedahan tentang perkara-perkara yang dianggap agak sensitif.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015
    Uncontrolled Keywords: Pemahaman; Makna tersirat; Interaksi; Kanak-kanak; Prasekolah
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 15 Sep 2015 11:36
    Last Modified: 15 Sep 2015 11:36
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5908

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item