Tahap kesedaran pengguna terhadap penggunaan sistem tol elektronik di Lebuh Raya PLUS, Wilayah Tengah / Sara Edayu binti Ahmad Shara’ai

Sara Edayu, Ahmad Shara’ai (2015) Tahap kesedaran pengguna terhadap penggunaan sistem tol elektronik di Lebuh Raya PLUS, Wilayah Tengah / Sara Edayu binti Ahmad Shara’ai. Other thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Exec. Diploma)
Download (1716Kb) | Preview

    Abstract

    Sistem Tol Elektronik adalah salah satu sistem yang digunakan oleh PLUS Malaysia Berhad untuk menyediakan lebuh raya yang cekap dan selamat. Beberapa plaza tol yang disediakan oleh pihak PLUS telah sepenuhnya beralih dari kutipan tol secara tunai kepada sistem tol elektronik. Kepada beberapa plaza tol lain yang mempunyai dua cara pembayaran tol iaitu tunai dan sistem tol elektronik didapati masih ramai pengguna yang selesa berbaris panjang di lorong tunai. Hal ini menjadi tanda tanya kepada pengkaji. Justeru, pengkaji telah menggariskan beberapa objektif bagi membantu mendapatkan maklumat melalui kajian ini. Mengukur tahap kesedaran pengguna terhadap penggunaan sistem tol elektronik adalah merupakan objektif utama kajian ini. Selain itu juga pengkaji menggariskan objektif lain sebagai mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada penggunaan sistem tol elektronik, mengenal pasti faktor-faktor pengguna tidak menggunakan sistem ini dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah bagi meningkatkan tahap kesedaran pengguna terhadap sistem tol elektronik ini. Melalui kajian ini, pengkaji berharap dapat membantu pihak pengurusan PLUS bagi menambahbaik proses dan amalan semasa. Kajian ini dijalankan di lebuh raya PLUS, Wilayah Tengah. Ianya lebih tertumpu kepada pengguna lebuh raya yang meluangkan masa berehat sebentar di kawasan rehat dan rawat. Ianya lebih mudah daripada mendapat maklumat soal selidik di lorong tunai mahupun lorong elektronik. Ianya akan menggangu lalulintas dan membahayakan keselamatan. Responden terdiri daripada 100 orang dengan menggunakan kaedah persampelan mudah. Soal selidik ini adalah reka bentuk menggunakan Soal Selidik yang ditadbir sendiri oleh pengkaji. Beberapa cadangan telah dikenalpasti bagi organisasi PLUS dan penyelidik masa hadapan. Kebanyakan responden mencadangkan PLUS untuk menyediakan kad tambah nilai atas talian, menambah lorong elektronik dan menambah baik alat peranti agar ianya lebuh efisyen dan lancar.

    Item Type: Thesis (Other)
    Additional Information: Research Report (Exec. Dip.) - Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed), Universiti Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Kesedaran pengguna; Sistem tol elektronik; Lebuh Raya PLUS; Wilayah Tengah
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
    Divisions: University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 25 Nov 2015 16:38
    Last Modified: 25 Nov 2021 07:07
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5981

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item