Perkembangan pendidikan wanita Melayu di negeri-negeri Melayu bersekutu, 1896-1941 / Muhammad Ridzuan Idris

Muhammad Ridzuan, Idris (2016) Perkembangan pendidikan wanita Melayu di negeri-negeri Melayu bersekutu, 1896-1941 / Muhammad Ridzuan Idris. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (3992Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini membincangkan perkembangan pendidikan wanita Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dari tahun 1896 sehingga 1941. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap dan bentuk pembangunan pendidikan wanita Melayu di NNMB. Selain itu, kajian juga membincangkan mengenai bentuk-bentuk halangan, strategi memajukan pendidikan wanita dan pencapaian wanita Melayu sepanjang tempoh tahun kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan sejarah. Perbincangan bagi setiap bab adalah menggunakan kaedah tematik. Kajian perpustakaan dibuat bagi meneliti dan menganalisis sumber-sumber primer seperti dokumen, fail, rekod, laporan, surat persendirian, transkripsi temu bual dan juga akhbar. Kaedah temu bual juga digunakan dalam kajian ini. Di samping itu, sumber sekunder seperti, artikel, kertas kerja, buku dan kajian ilmiah juga dirujuk bagi memantapkan kajian. Skop kajian ini bermula pada tahun 1896 iaitu semasa bermulanya penubuhan NNMB dan tamat sehingga tahun 1941 apabila NNMB dibubarkan. Dapatan kajian mendapati bahawa kerajaan British tidak bersungguh-sungguh untuk memajukan pendidikan wanita Melayu. Usaha-usaha yang dilakukan juga dibuat tanpa perancangan yang jelas dan hanya bermatlamat untuk memberikan pendidikan peringkat rendah sahaja. Dapatan kajian juga mendapati bahawa daripada lima halangan dan cabaran yang dikenal pasti, hanya satu masalah sahaja berpunca daripada orang Melayu iaitu masalah adat dan budaya. Manakala masalah infrastruktur fizikal, pentadbiran, kurikulum dan juga kewangan adalah berpunca daripada kerajaan British. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat usaha-usaha yang dilakukan oleh beberapa pegawai British untuk memajukan pendidikan wanita. Namun, usaha–usaha berkenaan lebih bersifat individu dan masih terikat dengan matlamat dasar British terhadap pendidikan orang Melayu. Namun demikian, usaha-usaha yang dilakukan telah sedikit sebanyak membantu iv mengembangkan pendidikan wanita. Usaha-usaha yang lebih bersungguh-sungguh telah dilakukan oleh Raja-raja Melayu, pegawai-pegawai Melayu, golongan cendekiawan dan juga golongan reformis Islam untuk memajukan pendidikan wanita Melayu. Hasilnya, jumlah pelajar perempuan Melayu telah menunjukkan peningkatan yang menggalakkan terutamanya pada tahun-tahun 1920-an sehinggalah meletusnya Perang Dunia Kedua. Dapatan kajian juga mendapati bahawa pencapaian pendidikan wanita Melayu sebelum tahun 1941 adalah amat terhad kerana tempoh tahun 1896 sehingga 1941 merupakan fasa pembangunan pendidikan wanita Melayu. Namun demikian, pencapaian paling besar dalam tempoh tahun berkenaan boleh dilihat melalui perubahan sikap dan mentaliti terhadap pendidikan. Walau pun penyertaan wanita Melayu dalam bidang perguruan, berpersatuan, kejururawatan dan penulisan masih terhad, namun penglibatan mereka dalam pelbagai bidang berkenaan adalah satu pencapaian besar terutama sebelum tahun 1941.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Faculty of Arts And Social Sciences, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Malay women; Women Education; Federated Malay States (FMS)
    Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    L Education > L Education (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 18 Jan 2017 12:40
    Last Modified: 18 Jan 2020 10:50
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6402

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item