Kepimpinan instruksional terhadap pelaksanaan Production Based Education di Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Institut Kemahiran MARA / Mohd Nawawi Omar

Mohd Nawawi, Omar (2016) Kepimpinan instruksional terhadap pelaksanaan Production Based Education di Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Institut Kemahiran MARA / Mohd Nawawi Omar. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (2653Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian tinjauan menggunakan kaedah kuantitatif ini bertujuan untuk meneroka dan menghuraikan tahap kepimpinan instruksional yang mengandungi tiga dimensi iaitu mendefinisi misi KKTM dan IKM, mengurus program instruksional dan mewujudkan iklim pembelajaran positif, lima aspek tahap kesediaan pensyarah iaitu aspek keusahawanan, memahami konsep PBE, kemahiran teknikal, inovasi dan kemahiran insaniah dan tahap pelaksanaan program production based education (PBE) di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Institut Kemahiran MARA (IKM). Kajian ini juga bertujuan untuk melihat samada tahap kesediaan pensyarah merupakan perantara (mediator) di antara kepimpinan instruksional sebagai pembolehubah tidak bersandar (IV) dengan pelaksanaan program PBE sebagai pembolehubah bersandar (DV). Model kepimpinan instruksional Hallinger dan Murphy (1985) yang mempunyai tiga dimensi digunakan bagi merekabentuk kerangka konseptual kajian. Responden kajian terdiri daripada seramai 351 orang pensyarah KKTM dan IKM seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.. Tatacara pengumpulan data adalah melalui soal selidik sebagai instrumen kajian, manakala penganalisaan data dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 20. Ujian statistik deskriptif seperti skor min, sisihan piawai dan peratusan digunakan untuk mengukur tahap kepimpinan instruksional, tahap pelaksanaan program PBE dan tahap aspek kesediaan pensyarah melaksanakan program PBE di KKTM dan IKM. Ujian statistik inferensi seperti ujian kolerasi dan ujian regresi pelbagai digunakan untuk mengetahui samada aspek kesediaan pensyarah merupakan perantara (mediator) dalam kajian ini. Manakala ujian T, Anova satu hala dan Tukey Post Hoc digunakan untuk menganalisa perbezaan yang signifikan di antara Kepimpinan Instruksional, Kesediaan Pensyarah, Perlaksanaan iv PBE mengikut demografi pensyarah KKTM dan IKM. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan instruksional terhadap pelaksanan program PBE di KKTM dan IKM adalah tinggi (N=4.28, SD=0.61), tahap pelaksanaan program PBE juga tinggi dengan nilai skor min 3.99 dan sisihan piawai 0.86 dan tahap kesediaan pensyarah melaksanakan program PBE di KKTM dan IKM adalah pada tahap tinggi (N=4.26, SD=0.52). Dapatan kajian menunjukkan dimensi pertama KI merupakan dimensi paling dominan (N=4.30, SD=0.59), manakala aspek kemahiran teknikal merupakan aspek paling tinggi dan paling dominan (N = 4.47, SD = 0.55) bagi tahap aspek kesediaan pensyarah terhadap pelaksanaan program PBE di KKTM dan IKM. Dapatan kajian ini juga menunjukkan aspek kesediaan pensyarah merupakan perantara (mediator) di antara kepimpinan instruksional pengarah dengan pelaksanaan program PBE di KKTM dan IKM. Justeru, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kepimpinan instruksional pengarah dan aspek kesediaan pensyarah adalah di antara faktor utama yang menyumbangkan kepada kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan PBE di KKTM dan IKM.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Institute of Educational Leadership, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Education management; Malaysia; Production based education
    Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
    Divisions: UNSPECIFIED
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 15 Sep 2016 10:50
    Last Modified: 10 Sep 2019 06:40
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6609

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item