Reka bentuk model kompetensi kerja staf akademik institusi pengajian tinggi swasta Malaysia / Tengku Noorainun Tengku Shahdan

Tengku Noorainun, Tengku Shahdan (2016) Reka bentuk model kompetensi kerja staf akademik institusi pengajian tinggi swasta Malaysia / Tengku Noorainun Tengku Shahdan. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (2537Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk model kompetensi kerja staf akademik Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Malaysia. Secara khususnya, perlaksanaan kajian ini berdasarkan Model ISD mempamerkan proses ADDIE oleh Grafinger (1988) yang melibatkan tiga peringkat. Peringkat analisis keperluan untuk mengenal pasti sama ada model yang dibina adalah suatu keperluan bagi staf akademik IPTS Malaysia. Peringkat reka bentuk pula untuk membina sebuah model kompetensi kerja staf akademik IPTS Malaysia. Manakala, pada peringkat penilaian bertujuan untuk menilai model prototype yang telah direka bentuk. Selanjutnya, untuk mencapai objektif pertama, data temu bual daripada dua belas orang pemimpin IPTS telah dikutip. Data tersebut telah dianalisis menggunakan analisis tematik. Pada peringkat reka bentuk pula, sebuah model kompetensi kerja staf akademik IPTS Malaysia dibina dengan perlaksanaan teknik Delphi sebanyak sesi tiga pusingan. Seramai lima belas orang pakar dalam bidang Pengurusan Pendidikan dari pelbagai agensi pengajian tinggi terlibat untuk menyatakan kesepakatan bagi menyetujui item mengenai kompetensi kerja staf akademik IPTS Malaysia. Input mereka dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif berbentuk Ukuran Kecenderungan-Berpusat (UKB) iaitu mod, median dan Julat Antara Kuartil (JAK). Selanjutnya, model yang telah direka bentuk dinilai pada peringkat penilaian. Kajian tinjauan dilaksanakan terhadap 400 orang staf akademik daripada dua puluh enam IPTS Malaysia. Hal ini bagi mengenal pasti tahap kompetensi kerja mereka, perbezaan kompetensi berdasarkan kepada demografi. Data tersebut dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti peratus, min dan sisihan piawai serta kaedah statistik inferensi iaitu Ujian Mann-Whitney U, Ujian Kruskal Willis serta Struktural Equation Model (SEM). Kajian ini mendapati kesemua dua belas orang pemimpin IPTS Malaysia bersetuju dengan pembinaan model ini. Persetujuan tersebut membolehkan lima belas orang pakar bersepakat menyetujui item berkaitan iv kompetensi kerja staf akademik IPTS Malaysia dengan pengkategorian kepada tiga dimensi dan sebelas sub-dimensi. Dimensi tersebut terdiri daripada kompetensi peribadi, kompetensi pengajaran dan kompetensi di tempat kerja. Kesepakatan pakar diambil kira apabila skor median adalah 5.0 dan JAK kurang daripada 1. Pada peringkat penilaian, kajian mendapati bahawa tahap kompetensi kerja staf akademik adalah tinggi apabila skor adalah 4.0 dan ke atas. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kompetensi kerja staf akademik berdasarkan faktor jantina, bangsa, jawatan, umur dan tempoh perkhidmatan staf akademik IPTS Malaysia apabila p>0.05. Model kompetensi kerja menunjukkan (NFI, RFI, IFI, TFI, CFI >.90, RMSEA <.06). Implikasi kajian adalah keperluan untuk membina sebuah model berdasarkan konteks setempat kerana setiap organisasi mempunyai keperluan dan permasalahan yang berbeza.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Faculty of Education, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Academic staff; Private higher learning institution; Work competency
    Subjects: L Education > L Education (General)
    Divisions: Faculty of Education
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 05 Oct 2016 17:26
    Last Modified: 07 Oct 2019 08:06
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6692

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item