Faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan harta tanah kediaman di Malaysia / Rohayu Ab. Majid

Rohayu, Abdul Majid (2010) Faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan harta tanah kediaman di Malaysia / Rohayu Ab. Majid. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (98Mb) | Preview

    Abstract

    Sebagai jenis rumah yang sangat popular di Malaysia, rumah teres telah mencatatkan kadar pembelian tertinggi dan terus menjadi tumpuan pemaju dalam pembangunan perumahan masa hadapan. Pada masa yang sama rumah jenis ini juga mencatatkan kedudukan tertinggi bagi rumah yang tidak terjual dalam pasaran. Sebaliknya terdapat sebahagian golongan berpendapatan pertengahan yang tidak memiliki sebarang unit kediaman. Objektif utama penyelidikan ini adalah mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan ke atas rumah. Menerusi komponen dan elemen yang ditetapkan, model ramalan permintaan rumah dibangunkan bagi menghitung jumlah permintaan ke atas rumah teres berkos sederhana. Sebanyak 3,206 transaksi jual beli rumah teres dari tahun 1996 hingga tahun 2006 yang berharga antara RM50,000 hingga RM250,000 di Selangor telah diarnbil sebagai sampel penyelidikan. Penyelidikan ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif dalam kerja penganalisisan data menerusi Teknik Regresi Linear dalam perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Sebagai mana hasil pada kajian literatur, dua komponen utama telah dikaji melibatkan sejumlah dua puluh lapan elemen. Berdasarkan kekangan parameter pada sampel, daripada jumlah ini, hanya tujuh belas elemen diperuntukkan dalam analisis. Pengaplikasian Regresi Berganda memaparkan sembilan elemen telah terpilih sebagai set yang ideal pada variabel. Setelah itu lapan aspek penting di bawah komponen produk dikenal pasti sebagai faktor yang signifikan dan mempengaruhi permintaan ke atas rumah teres berkos sederhana. Ia merupakan elemen kemudahsampaian, kedudukan rumah, lokasi (daerah), bilangan bilik air, luas tanah, bilangan tingkat teres, harga dan bilangan bilik tidur pada unit rumah.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Faculty of Built Environment, University of Malaya, 2010.
    Uncontrolled Keywords: Rumah teres; Permintaan tinggi; Faktor pemilihan rumah
    Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    Divisions: Faculty of Built Environment
    Depositing User: Mr. Suhaimi Rasol
    Date Deposited: 22 Jul 2019 03:15
    Last Modified: 22 Jul 2019 03:15
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/7800

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item