Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dan kreativiti pengajaran dalam kalangan guru Bahasa Arab di Malaysia / Mohammad Rusdi Ab Majid

Mohammad Rusdi , Ab Majid (2017) Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dan kreativiti pengajaran dalam kalangan guru Bahasa Arab di Malaysia / Mohammad Rusdi Ab Majid. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1777Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (2793Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini bertujuan mengkaji Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dan hubungannya dengan kreativiti pengajaran guru. Model Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) atau Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dijadikan landasan utama untuk penyelidikan ini. PTPK terbahagi kepada tujuh komponen utama iaitu Pengetahuan Teknologi (PT), Pengetahuan Pedagogi (PP), Pengetahuan Kandungan (PK), Pengetahuan Teknologi Kandungan (PTK), Pengetahuan Teknologi Pedagogi (PTP), Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK). Lima soalan kajian telah dibina bagi keseluruhan penyelidikan ini. Kajian ini berbentuk tinjauan melibatkan seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Responden kajian ini terdiri daripada 530 orang guru bahasa Arab daripada populasi berjumlah 7,309 yang telah dilantik dan sedang mengajar mata pelajaran bahasa Arab di sekolah yang terpilih. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan soal selidik Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) yang telah diperkenalkan oleh Mishra & Koehler (2006), Denise A. Schmidt (2009) dan soal selidik yang telah dibangunkan oleh Zahra Hosseini (2012) yang telah diubahsuai dan mendapat kesahan sekumpulan 10 pakar serta kebolehpercayaan dengan nilai Alpha Cronbach .93 dalam kajian rintis. Kesahan soal selidik juga diperoleh melalui ujian pengesahan faktor analisis (CF). Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 20. Dapatan kajian menunjukkan hanya Pengetahuan Pedagogi (PP) berada pada tahap tinggi. Manakala selebihnya iaitu Pengetahuan Teknologi (PT), Pengetahuan Kandungan (PK), Pengetahuan Teknologi Kandungan (PTK), Pengetahuan Teknologi Pedagogi (PTP), Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan kajian bagi kreativiti pengajaran pula menunjukkan elemen motivasi dan persekitaran berada pada tahap tinggi dan elemen gaya pemikiran berada pada tahap sederhana tinggi. Secara keseluruhan kreativiti pengajaran guru berada pada tahap tinggi. Kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara semua komponen yang terdapat dalam Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK). Dapatan juga menjelaskan wujud hubungan yang positif dan signifikan antara komponen Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dengan kreativiti pengajaran guru bahasa Arab di Malaysia. Dapatan kajian menjelaskan Pengetahuan Pedagogi (PP) merupakan penyumbang utama kepada kreativiti pengajaran guru disamping Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK), Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi (PTP) sebagai faktor penyumbang seterusnya. Sementara itu kajian juga menunjukkan Pengetahuan Teknologi (PT), Pengetahuan Teknologi Kandungan (PTK) dan Pengetahuan Kandungan (PK) bukanlah penyumbang kepada kreativiti pengajaran bahasa Arab.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, University of Malaya, 2017.
      Uncontrolled Keywords: Pedagogy content; Arabic teacher; Motivation elements; Teaching skills
      Subjects: L Education > L Education (General)
      P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 24 Feb 2018 15:29
      Last Modified: 01 Jun 2020 03:58
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8301

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item