Reka bentuk model aktiviti penggunaan lagu kanak-kanak Melayu tradisional untuk peningkatan imaginasi kreatif Pra Sekolah / Azli Ariffin

Azli, Ariffin (2018) Reka bentuk model aktiviti penggunaan lagu kanak-kanak Melayu tradisional untuk peningkatan imaginasi kreatif Pra Sekolah / Azli Ariffin. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1236Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (2915Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Model Aktiviti Penggunaan Lagu Kanak-Kanak Melayu Tradisional untuk Peningkatan Imaginasi- Kreatif Prasekolah. Tujuan pembinaan model ini adalah untuk membantu dan memudahcarakan pelaksanakan pembinaan imaginasi-kreatif kanak-kanak prasekolah. Sungguhpun imaginasi ada disebut sebagai salah satu proses yang perlu ada dalam perkembangan dan pemupukan kreativiti kanak-kanak, namun peranan dan kedudukannya tidak dinyatakan dengan jelas dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Imaginasi hanya dilihat sebagai pelengkap kepada perkembangan kreativiti dan tidak dilihat sebagai satu elemen yang penting dalam perkembangan kreativiti kanak-kanak. Kajian ini menggunakan Kaedah Kajian Reka Bentuk dan Pembinaan (Design and Development Research Approach) yang telah diperkenalkan oleh Ritchey dan Klien (2007) dalam membangunkan model. Langkah kajian ini telah dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan dengan menggunakan soal selidik yang dijalankan ke atas seramai tujuh puluh lima orang guru prasekolah bagi mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan pembinaan dan kandungan model yang dibina. Fasa kedua menggunakan kaedah Interpretive Structural Modeling (ISM) untuk membangunkan model berdasarkan kepada pandangan dan keputusan panel pakar yang terdiri daripada sebelas orang. Fasa ketiga melibatkan seramai lima puluh orang guru prasekolah untuk menilai model tersebut menggunakan kaedah fuzzy Delphi yang telah diubah suai. Penilaian tersebut berdasarkan respon para guru terhadap soal selidik yang digunakan bagi menilai kebolehgunaan model yang telah dibina. Dapatan fasa pertama menunjukkan bahawa terdapat keperluan terhadap pembinaan model imaginasi-kreatif kanak-kanak prasekolah. Sejumlah 52.0% resoponden memilih sangat setuju dan sejumlah 45.3% pula memilih setuju bahawa mereka memerlukan panduan untuk meningkatkan imaginasi-kreatif kanak-kanak prasekolah. Bagi aspek kandungan pula, hampir keseluruhan responden memilih sangat setuju kandungan berkaitan keupayaan ingin tahu, meneroka, main peranan dan mereka cipta sebagai kandungan dalam pembinaan model. Berkaitan dengan kesesuaian penggunaaan lagu kanak-kanak Melayu tradisional pula, sejumlah 69.3% responden memilih setuju dan sejumlah 24.0% pula sangat setuju dengan penggunaan lagu berkenaan. Panel pakar juga berpendapat bahawa sebanyak dua puluh aktiviti yang telah dipilih boleh dibahagikan kepada tiga fasa (merangsang, merasai dan membina) dan dipecahkan kepada lima peringkat. Dapatan daripada fasa ketiga kajian pula menunjukkan Model Aktiviti Penggunaan Lagu Kanak-Kanak Melayu Tradisional Untuk Peningkatan Imaginasi-Kreatif Prasekolah adalah sesuai digunakan kerana mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi berdasarkan kepada nilai defuzzification kesepakatan pakar yang tinggi, iaitu berada dalam julat 42.15 hingga 44.90.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Traditional Malay children's song; Preschool children; Children creativity; Creative-imagination
      Subjects: L Education > L Education (General)
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 24 May 2018 12:44
      Last Modified: 20 Jan 2021 07:13
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8452

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item