Sistem pakar bermultimedia untuk pengenalpastian serangga / Aizul Hussin Osman

Aizul Hussin, Osman (2000) Sistem pakar bermultimedia untuk pengenalpastian serangga / Aizul Hussin Osman. Undergraduates thesis, Universiti of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (33Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem Pakar Bermultimedia untuk domain pengenalpastian serangga ,Insect Identification Expert System,(IIES ) merupakan sistem pakar untuk membantu proses pengenalpastian pangkat serangga dalam Hierarki Linnean. Sistem ini menggunakan pendekatan berorientasikan objek di mana konsep kelas dan objek akan digunakan untuk merekodkan pengetahuan ke bentuk yang akan difahami oleh sistem pakar. Strategi inferens yang digunakan ialah teknik rantaian ke hadapan di mana sistem pakar akan menghasilkan konklusi berdasarkan data-data yang diberi. Sistem pakar mempunyai ciri-ciri multimedia untuk membantu memberi panduan bagi pengguna untuk mengenal pasti ciri-ciri kunci serangga dan memberi penjelasan tentang domain di samping memberi pendekatan yang berlainan dari sistem pakar tradisional dari segi masukan data dan juga persembahan keputusan. IIES dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic dan ia mempunyai 3 modul iaitu modul pengenalpastian,modul kamus dan modul rujukan. Sistem ini menggunakan 2 jenis antaramuka iaitu antaramuka pengguna bergrafik dan antaramuka watak interaktif.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2000/2001.
    Uncontrolled Keywords: Sistem pakar bermultimedia; Pengenalpastian serangga; Strategi inferens
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology > Dept of Artificial Intelligence
    Depositing User: Mr Mohd Jasny Razali
    Date Deposited: 24 Jul 2019 08:13
    Last Modified: 24 Jul 2019 08:13
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8708

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item