Nordin , Ab. Ghani (1991) Kemiskinan di kalangan petani padi (Satu kajian kes di Kampung Surau, Pasir Puteh, Kelantan) / Nordin Ab. Ghani. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian yang di lakukan ini adalah terhadap komuniti petani padi untuk mendapatkan satu penjelasan tentang mengapakah komuniti petani padi seringkali dikaitkan dengan soal kemiskinan. Di dalam kajian ini, pengkaji akan cuba menjelaskan beberapa faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan ini, terutamanya dari segi pemilikan tanah. Di samping itu juga pengkaji akan cuba mengaitkannya dengan konsep dan ukuran kemiskinan yang digunakan sehingga kini. Di dalam Bab I terdapat pengenalan, tujuan dan bidang kajian, takrif kemiskinan, metode penyelidikan dan masalah kajian. Di dalam Bab II, pengkaji akan membicarakan tentang latarbelakang dan sedikit sejarah kampung, taburan penduduk, taburan umur dan juga persekolahan penduduk. Di dalam Bab III, perbincangan adalah tertumpu kepada pekerjaan utama, pekerjaan tambahan, pendapatan yang diperolehi hasil kedua-dua pekerjaan tersebut, saiz tanah serta kaitan di antara pendapatan dan kemiskinan yang dialami oleh penduduk kampung. Di dalam Bab IV iaitu bab kesimpulan, pengkaji menghuraikan beberapa sebab untuk menerangkan gejala kemiskinan yang masih berterusan di kalangan petani padi kampung ini.
Actions (For repository staff only : Login required)