Pandangan akhbar-akhbar Cina tempatan terhadap imej dan kepimpinan Lim Kit Siang / Chong Slew Kiaw

Chong , Slew Kiaw (1993) Pandangan akhbar-akhbar Cina tempatan terhadap imej dan kepimpinan Lim Kit Siang / Chong Slew Kiaw. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s degree)
Download (14Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan untuk melihat apakah sikap dan pandangan akhbar Cina tempatan terhadap imej dan kepimpinan Lim Kit Siang, pemimpin pembangkang yang begitu popular dalam arena politik Malaysia. Dalam bab pertama, tujuan dan bidang kajian, kepentingan kajian, kaedah kajian dan masalah kajian akan dibincangkan. Sehubungan dengan masalah kajian, peranan, kepentingan dan kebebasan akhbar di Malaysia juga akan dibincangkan. Bab kedua pula memuatkan pemerihalan tentang keadaan politik Cina di Malaysia dan tokoh-tokoh masyarakat Cina yang unggul, iaitu Tan Cheng Lock, Tan Siew Sin, Tan Chee Khoon dan Lim Chong Eu. Dalam bab ketiga pula, saya akan menghuraikan kedudukan parti pembangkang dalam negara demokrasi, sejarah dan pengenalan ringkas Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan pemimpin utamanya, Lim Kit Siang. Dalam bab keempat, saya akan menganalisa pandangan dan sikap akhbar Cina tempatan terhadap Lim Kit Siang yang menjadi sasaran kritikan utama dalam hampir semua hal perletakan jawatan anggota Parti DAP atau krisis dalaman parti. Bab kelima pula ditumpukan pada analisis terhadap ulasan akhbar Cina tempatan terhadap Lim Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang di dalam dan di luar Parlimen yang telah membangkitkan berbagai isu yang berkait-rapat dengan masyarakat Malaysia. Perbincangan dalam bab ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu isu berkaitan dengan masyarakat Malaysia, isu berkaitan dengan masyarakat Cina dan isu berkaitan dengan masyarakat India. Dalam bab keenam, hasil temubual langsung dengan Lim Kit Siang yang telah dijalankan oleh penulis akan dimuatkan dalam bab ini. Kesimpulan terhadap analisis yang telah ditulis dalam latihan ini dimuatkan dalam bab ketujuh.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1993/1994.
    Uncontrolled Keywords: Lim Kit Siang; Chinese newspaper; Politician; Political issues
    Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 07 Sep 2018 01:43
    Last Modified: 07 Sep 2018 01:43
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8769

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item