Profail wanita dalam kemiskinan. Kajian Kes Komuniti setinggan Melayu Kg. Hj. Abdullah Hukum, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur / Norazme Yasin

Norazme , Yasin (1987) Profail wanita dalam kemiskinan. Kajian Kes Komuniti setinggan Melayu Kg. Hj. Abdullah Hukum, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur / Norazme Yasin. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (15Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan ilmiah ini merupak:an kajian kes mengenai profail kaum wanita miskin di bandar dengan tumpuan khusus kepada setinggan Melayu Kg. Hj. Abdullah Hukum, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Perulisan yang merangkumi lima bab ini memberi penekanan kepada beberapa aspek mengenai kaum wanita khususnya peranan yang dtmainkan oleh mereka dalam rumahtangga, bidang ekonomi, sosial dan politik dan seterusnya mengaitkan peranan dan kedudukan kaum wanita ini dengan rangka konsep yang dikemukan. Bab I dimulakan dengan penghuraian tentang tujuan dan kepentingan kajian, skop kajian, metode-metode yang digunakan serta kesulitan yang dihadapi semasa kajian luar dijalankan. Seterusnya pengkaji menghuraikan mengenai konsep yang digunakan iaitu konsep status dan peranan, konsep peranan wanita dan konsep kemiskinan. Bab ini juga menerangkan mengenai latar belakang tempat kajian iaitu dilihat dari aspek sejarah penubuhan. kampung, struktur kepimpinan, demografi dan pekerjaan serta kerrudahan-kenudahan asas yang terdapat di kampung tersebut. Dalam Bab II pengkaji memberi huraian tentang peranan wanita dalam rumahtangga dengan membincangkan mengenai peranan mereka sebagai isteri dan ibu. Penglibatan wanita dala bidang ekonani, sosial dan politik dibincangkan dalam Bab III dan IV. Bab III merupakan perbincangan mengenai penglibatan wanita dalam bidang ekonomi. Dua aspek ekonani yang disentuh ialah ekonani formal dan informal serta berbagai aspek yang berkaitan seperti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan dan struktur pekerjaan responden, tingkat pendapatan, tabungan dan pinj aman, pola perbelanj aan, pemilikan harta benda serta institusi kredit tidak formal. Bab IV merupakan huraian mengenai penyertaan wanita dalam kegiatan sosial dan politik dengan penumpuan kepada persatuan-persatuan dan kegiatan-kegiatan yang disertai dan juga hubungan wanita dengan jiran tetangga serta media massa. Bab V merupakan bab kesimpulan dengan melihat kepada kedudukan kaum wanita di sini dan seterusnya mengaitkannya dengan konsep yang dikemukan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
    Uncontrolled Keywords: Profail kaum wanita miskin; Setinggan Melayu Kg. Hj. Abdullah Hukum; Rumahtangga
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 14 Feb 2020 03:07
    Last Modified: 14 Feb 2020 03:07
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8774

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item