Filem berunsur dakwah di Malaysia: Kajian dari aspek pematuhan syariah / Hajar Opir

Hajar , Opir (2018) Filem berunsur dakwah di Malaysia: Kajian dari aspek pematuhan syariah / Hajar Opir. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1554Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (98Mb) | Preview

      Abstract

      Realitinya filem telah mengalami anjakan paradigma yang pantas dari wahana hiburan berkembang menjadi sebuah industri yang berorientasikan komersial. Genrenya turut berevolusi dengan pelbagai variasi. Namun secara tuntas belum wujud garis panduan khusus untuk filem di Malaysia. Walaupun telah wujud garis panduan hiburan yang dikeluarkan oleh pihak berautoriti seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), tetapi masih bersifat umum dan tidak sepenuhnya merangkumi elemen filem. Malah kriteria pengukuran pematuhan syariah juga masih belum terhasil. Dalam konteks filem sebagai wasilah dakwah memang tidak dinafikan fungsinya tetapi penggunaan istilah filem dakwah masih menjadi polemik dan perdebatan yang berpanjangan. Justeru, Kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep dakwah dan pematuhan syariah dalam filem, menganalisa pembentukan kriteria pematuhan syariah dalam filem berasaskan fatwa dan garis panduan berkaitan filem di Malaysia dan menganalisa filem berunsur dakwah di Malaysia berasaskan kriteria pematuhan syariah dalam filem. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk analisis kandungan. Pengumpulan data kajian menggunakan metode perpustakaan dan lapangan. Dalam konteks kaedah lapangan pula menggunakan metode wawancara dan observasi. Manakala analisis kandungan dilakukan menggunakan kombinasi kaedah CAVDI-xpro (Computer Assisted for Video Data Index using x program iaitu informasi data video berbantu komputar di mana ‘x’ adalah penggunaan computer untuk melihat scene berdasarkan kod masa) dan ATLAS.ti. Hasil kajian mendapati bahawa pematuhan syariah filem berunsur dakwah di Malaysia bagi kategori B (akhlak, watak, nyanyian, muzik, latar, perkakasan dan pengimejan) adalah signifikan dan berada dalam tahap yang baik sebaliknya bagi kategori A adalah tidak signifikan (elemen akidah).

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Islamic filem; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Da'wah; Syariah applications
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 03 Sep 2018 02:09
      Last Modified: 09 Feb 2021 07:46
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8856

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item