A comparison between ultrasound guided tap block versus surgical tap block in its efficacy as adjunct to postoperative pain management in lower midline open colorectal surgery / Lee Won Jee

Lee , Won Jee (2017) A comparison between ultrasound guided tap block versus surgical tap block in its efficacy as adjunct to postoperative pain management in lower midline open colorectal surgery / Lee Won Jee. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (11Mb) | Preview

    Abstract

    OBJEKTlF: Kajian ini dijalankan secara prospektiL rawak, 'single blinded" untuk membandingkan keberkesanan dan kesesuaian serta melihat perbezaan diantara komplikasi menjalankan TAP block dengan menggunakan ultrasound atau kaedah surgikal. REKABENTUK KAJIAN: 'Primar outcom' ialah jumlah ubat morfin yang diperlukan oleh pesakit pada 1,6,24,48 jam selepas pembedahan. 'Secondary outcome' ialah kejadian loya dan muntah, skor tahap kesedaran pada 1,6,24,48,72 jam selepas pembedahan dan juga komplikasi TAP blok. KAEDAH: 40 pesakit berumur 18 tahun sampai 80 tahun, dengan status fizikal ASA I-III yang dijadualkan untuk pembedahan elektif kolorektal yang memerlukan pemotongan abdomen di bahagian bawah tali pusat, dikenalpasti dan diambil kira dalam kajian, dirawakkan dan dibahagikan kepada 2 kumpulan: TAP blok ultrasound dan TAP blok kaedah surgikal. TAP blok diberikan sebelum jahitan otot rektus dalam kumpulan TAP blok kaedah surgikal, manakala TAP blok diberikan selepa jahitan kulit dalam kumpulan TAP blok ultrasound. KEPUTUSAN: Pesakit dalam kumpulan TAP blok ultrasound memerlukan jumlah morfin yang lebih rendah secara signifikan dari segi statistic dalam 48 jam selepas pembedahan (median 20[l8,26]mg vs median 45[40,70]mg p<0.000 1). Skor VAS ketika rehat pada jam pertama dan keenam selepas pembedahan untuk pesakit TAP blok ultrasound 1ebih rendah dengan signifikannya dari segi statistik (p<0.000 I). Skor VAS ketika bergerak untuk kumpulan TAP blok ultrasound adalah lebih rendah dengan signifikannya dari segi statistik sampai 72 jam sclcpa pernb dahan (p<0.005). Tiada laporan komplikasi atau perkara yang tidak diingini berlaku yang berkaitan dengan pemberian TAP blok dan penggunaan ubat opiod dalam dua kumpulan ini. Lagipun, didapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara kedua dua kumpulan dari segi kejadian loya dan muntah. KONKLUSI: Penggunaan TAP blok ultrasound mengurangkan keperluan ubat morfin selepas pembedahan dengan signifikannya dari segi statistik dan juga memberi skor. VAS semasa pergerakan yang lebih bagus dalam 48 jam pertama selepas pembedahan di kalangan pesakit yang telah melalui pembedahan kolorektal yang melibatkan pemotongan abdomen bawah tali pusat.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) - Faculty of Medicine, University of Malaya, 2017.
    Uncontrolled Keywords: Ultrasound guided tap block; Surgical tap block; Colorectal surgery
    Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
    Divisions: Faculty of Medicine
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 26 Aug 2019 02:25
    Last Modified: 26 Aug 2019 02:25
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8888

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item