Blood conservation strategies in scoliosis surgery / Arfah Hanim Mohamad

Arfah Hanim, Mohamad (2017) Blood conservation strategies in scoliosis surgery / Arfah Hanim Mohamad. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (16Mb) | Preview

    Abstract

    LATARBELAKANG: Pembedahan 'posterior spinal fusion' untuk skoliosis mengambil masa yang lama dan boleh menyebabkan pendarahan yang banyak sepanjang tempoh pembedahan dan ini mernerlukan transfusi darah 'allogeneic'. Transfusi darah 'allogeneic' boleh menyebabkan banyak komplikasi. Untuk menangani masalah ini, pelbagai cara seperti 'blood conservation strategies' telah diperkenalkan dan di dalam kajian ini, kami mengkaji keberkesanan tranexamic acid dan teknik 'cell salvage' untuk mengurangkan pendarahan dan juga mengelak atau mengurangkan tranfusi darah 'allogeneic' semasa atau selepas pembedahan skoliosis. OBJEKTIF: Matlamat kajian ini adalah untuk mengira dan menganalisis jurnlah pendarahan dan kemerosotan hemoglobin (sel darah merah) tiga hari selepas pembedahan setelah mengunakan strategi-strategi ini. Kami juga akan menganalisis kejituan pelbagai dos tranexamic acid (dos tinggi dan dos rendah) dalam mengurangkan pendarahan dan melihat sama ada penggunaan teknik 'cell salvage' berguna dalam mengurangkan kemerosotan kadar haemoglobin selepas pembedahan skoliosis. Selain daripada itu, kami juga mengkaji insiden pengunaan darah 'allogeneic' dan kestabilan hernodinamik selepas perlaksanaan 'blood conservation strategies'. KAEDAH: Lapan puluh Sembilan pesakit mengalami pembedahan elektif ' posterior spinal fusion' di Pusat Perubatan Universiti Malaya dari l Januari 2016 ke 31 Ogos 2016 dikaji secara retrospektif. Pesakit dibahagi kepada dua kumpulan di mana sebahagian pesakit menerima dos tinggi traxemic acid dan sebahagian lagi menerima dos rendah. Jumlah pendarahan juga dibahagi kepada dua kumpulan (pendarahan kurang dan sama dengan 900ml berbanding pendarahan lebih dari 900ml). Demografik pesakit yang dikaji: sebelum pembedahan (umur, berat badan, tinggi, jumlah kandungan darah,jumlah 'levels fused', sudut Cobb's, kadar haemoglobin); semasa pembedahan (jumlah skru, jangkamasa pembedahan, tekanan darah, pengunaan 'IV fluids', jangkaan pendarahan, jumlah pesakit yang memerlukan tranfusi darah allogeneic ); selepas pembedahan (kadar haemoglobin (sejurus selepas pembedahan dan 72 jam selepas pembedahan, dan jumlah hari di dalam wad selepas pembedahan). Analisis statistic dijalankan dengan menggunakan IBM software versi 24. KEPUTUSAN: Terdapat perbezaan yang ketara (significant differences) dalam jumlah pendarahan di antara kedua -dua kumpulan tranexamic acid di mana penggunaan dos tinggi tranexamic acid adalah lebih berkesan dalam mengurangkan pendarahan berbanding dos rendah (827. lml berbanding I 041.ml) (p=0.016). Tiada pcrbezaan yang ketara dilihat Antara kemerosotan kadar haemoglobin (p= 0.260), kadar haemoglobin selepas 72 jam (0.160) berbandingjumlah pendarahan. Semua pesakit menerima transfusi 'cell salvage' manakala tiada pesakit yang memerlukan transfusi darah 'allogeniec'. RUMUSAN: Dalam kajian ini, kami mendapati dos tinggi tranexamic acid lebih berkesan dalam mengurangkan pendarahan dan keperluan transfusi darah 'allogeneic'. Semua pesakit menerima transfusi 'cell salvage' tanpa megira jumlah pendarahan dan ini menyebabkan tiada perbezaan dalam kemerosotan kadar haemoglobin di antara pesakit yang mengalami pendarahan lebih dari 900ml dan pesakit yang mengalami pendarahan yang kurang daripada itu. Kedua-dua strategi ini telah berjaya dalam mengurangkan pendarahan, kemerosotan kadar haemoglobin dan juga mengelak dari transfusi darah 'allogeneic' di dalam pembedahan skoliosis.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) - Faculty of Medicine, University of Malaya, 2017.
    Uncontrolled Keywords: Blood conservation strategies; Dos tranexamic acid; Allogeneic blood transfusion; Scoliosis surgery
    Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
    Divisions: Faculty of Medicine
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 26 Aug 2019 08:36
    Last Modified: 26 Aug 2019 08:36
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8907

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item