Fazila Adini, Shafie (2000) Sistem rawatan pesakit mengikut al-quran dan sunnah (SRPAS) / Fazila Adini Shafie. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Di Malaysia, rawatan Islam, iaitu dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, hadis, contoh sunnah Rasulullah, doa-doa yang diamalkan oleh para anbiya' adalah merupakan satu alternatif yang masih lagi baru. Amalan ini sebenarnya satu kaedah yang jelas, teratur dan dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat. Sistem rawatan pesakit mengikut al-quran dan sunnah (SRPAS ) merupakan satu sistem yang bertujuan untuk membantu serta menambahkan minat masyarakat kini tentang kepentingan rawatan Islam. Sistem ini juga sedikit sebanyak mampu mengatasi kekangan-kekangan dan masalah-masalah yang wujud dalam mengamalkan kaedah rawatan Islam. Selain daripada itu, sistem ini dapat menambah pengetahuan pengguna mengenai kelebihan nama-nama Allah dan fadhilat amalan beberapa surah al-Quran. Sistem kaedah rawatan Islam ini merupakan satu sistem CD-ROM yang mempunyai maklumat berhubung dengan jenis-jenis penyakit serta rawatannya. Dengan itu, pengguna dapat memperolehi dan mencapai maklumat yang mereka kehendaki daripada sistem ini. Diharapkan dengan adanya sistem ini,ianya dapat memberi maanfaat dan kebaikan kepada masyarakat hari ini serta memberi pendedahan terutamanya kepada golongan muda tentang kepentingan rawatan Islam. Semoga segala kaedah yang diamalkan dapat memberi satu sinar baru dalam bidang perubatan hari ini.
Actions (For repository staff only : Login required)