Tahap pemikiran politik mahasiswa terhadap pilihan raya kampus di Universiti Malaya / Hafiz Arif Ghazali

Hafiz Arif, Ghazali (2013) Tahap pemikiran politik mahasiswa terhadap pilihan raya kampus di Universiti Malaya / Hafiz Arif Ghazali. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s degree))
Download (72Mb) | Preview

    Abstract

    Universiti Malaya (UM) yang merupakan antara universiti berprestij dan tertua di Malaysia sering menjadi tumpuan setiap kali menjelang Pilihan Raya Kampus dari tempoh bermulanya penamaan calon, kempen dan keputusannya.Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pemikiran politik mahasiswa terhadap Pilihan Raya Kampus di Universiti Malaya. Seramai 100 orang mahasiswa yang mewakili lapan buah fakulti di Universiti Malaya Kuala Lumpur telah dipilih sebagai responden melalui kaedah persampelan rawak mudah. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Package of Social Science (SPSS) dan analisis dilakukan secara deskriptif dengan menggunakan kaedah taburan kekerapan peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pemikiran politik mahasiswa terhadap Pilihan Raya Kampus di Universiti Malaya secara keseluruhannya berada di tahap yang sederhana. Analisis menunjukkan bahawa tahap pemikiran politik mahasiswa adalah tinggi terhadap dimensi Pilihan Raya Kampus dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) manakala tahap pemikiran mereka terhadap dimensi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPMUM, calon, dan pemikiran politik adalah di tahap yang sederhana.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic exercise (B.A.) -- Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosiologi, Universiti Malaya, 2012/2013
    Uncontrolled Keywords: Universiti Malaya -- Students -- Societies, etc.
    Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
    H Social Sciences > HM Sociology
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 26 Sep 2018 11:02
    Last Modified: 26 Sep 2018 11:02
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9082

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item