Ketidaksantunan dalam iklan nasihat sosial THR Raaga / Elavar Si Sivashanmugam

Elavar Si , Sivashanmugam (2018) Ketidaksantunan dalam iklan nasihat sosial THR Raaga / Elavar Si Sivashanmugam. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1606Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis M.A)
    Download (2323Kb) | Preview

      Abstract

      Bahasa merupakan alat komunikasi yang berperanan penting dalam usaha menyampaikan maklumat kepada masyarakat dengan mudah dan cepat. Antara media massa elektronik, radio memberi maklumat dan mendidik pendengar tentang tingkah laku sosial yang harus dipraktikkan oleh masyarakat dengan menyiarkan iklan nasihat sosial. Iklan nasihat sosial bertujuan untuk mempengaruhi dan memujuk pengguna supaya mengikuti atau mempraktikkan nilai sosial yang betul. Secara amnya ketidaksantunan bahasa dikenali sebagai anti-sosial dan konsep ini amat berkait dengan strategi komunikatif yang direkabentuk untuk mengancam muka dan menimbulkan konflik sosial dan ketidakharmonian (Culpeper, 2005). Tujuan kajian ini berfokus pada ketidaksantunan dalam iklan nasihat sosial THR Raaga. Persoalan kajian ini dianalisis menurut teori Strategi Ketidaksantunan bahasa Culpeper (1996; 2005). Kajian ini ditinjau menerusi iklan berbentuk wacana daripada stesen THR Raaga iaitu iklan nasihat sosial. Pendekatan kualitatif telah digunakan bagi menjawab kedua-dua persoalan kajian ini. Sebanyak 35 iklan nasihat sosial THR Raaga menjadi sampel utama. Kesemua iklan nasihat tersebut dirakam, diterjemah dalam Bahasa Melayu dan kemudian dianalisis. Selain itu, seramai 20 orang yang berumur dalam lingkungan 21 hingga 35 tahun telah ditemubual bagi menganalisis persepsi pendengar terhadap penggunaan strategi ketidaksantunan dalam iklan nasihat sosial. Keputusan kajian menunjukkan bahawa strategi ketidaksantunan secara langsung dan strategi ketidaksantunan sindiran banyak terdapat dalam iklan nasihat sosial THR Raaga. Selain itu, kombinasi strategi ketidaksantunan turut diperolehi dalam kajian ini. Antaranya, kombinasi strategi ketidaksantunan secara langsung dan sindiran, Ketidaksantunan secara langsung dan ketidaksantunan positif banyak terdapat dalam iklan nasihat sosial THR Raaga. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan ketidaksantunan bahasa dalam iklan nasihat sosial mempengaruhi persepsi para pendengar radio THR Raaga bahawa ketidaksantunan memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan sesuatu nasihat dalam kalangan masyarakat India.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Analisis wacana; Iklan nasihat sosial; Ketidaksantunan bahasa; Persepsi
      Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 15 May 2019 08:18
      Last Modified: 03 Feb 2021 03:49
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9110

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item