Sistem Kiosk Tajwid di web / Wan Mohammad Shukri Wan Chik @Wan Din

Wan Mohammad Shukri, Wan Chik @Wan Din (2000) Sistem Kiosk Tajwid di web / Wan Mohammad Shukri Wan Chik @Wan Din. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (11Mb) | Preview

    Abstract

    Ini merupakan laporan bahagian pertama yang mengandungi penerangan terhadap pembangunan Sistem Kiosk Tajwid di Web. Sistem ini merupakan sumber rujukan altenatif kepada pengguna untuk asas ilmu Tajwid. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan kaedah-kaedah kejuruteraan yang sesuai dengan saiz dan kritikalnya. Secara keseluruhan, laporan ini mempunyai enam bab sahaja iaitu: bab satu yang membicarakan pengenalan kepada projek, penentuan skop dan objektif serta perancangan yang dibuat bagi menjayakan projek ini; bab dua pula adalah berkaitan dengan kajian literasi yang dilakukan beserta dengan beberapa siri analisis yang dijalankan dan sintesis yang diperohehi; bab tiga pula menyatakan perkara-perkara berkaitan metodologi sistem seperti model pembangunan sistem, spesifikasi-spesifikasi yang berkaitan dan cadangan rekabentuk; bab empat pula pada menerangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang proses implimentasi seperti pengkodan, penghasilan fail-fail imej dan pembikinan fail-fail audio melalui rakaman suara, tidak ketinggalan senarai nama fail juga turut dimuatkan; bab lima mengandungi kaedah-kaedah pengujian yang dilaksanakan ke atas sistem secara berperingkat-peringkat; dan bab enam iaitu bab yang terakhir membincangkan keseluruhan sistem seperti kelebihan kekurangan dan cadangan di masa hadapan seterusnya disimpulkan sebagai penutup laporan ini. Adalah diharapkan sistem yang dibangunkan ini mampu membantu pengguna dalam usaha mereka mempelajari asas ilmu Tajwid dengan lebih mudah, di samping dapat pula memperkenalkan salah satu daripada ilmu Islam kepada masyarakat melalui web.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2000/2001.
    Uncontrolled Keywords: Sistem Kiosk Tajwid; Pengkodan; Fail-fail imej; Ilmu Tajwid
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 26 Jun 2019 04:08
    Last Modified: 17 Aug 2020 08:10
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9170

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item