Sikap wanita Cina terhadap perkahwinan: Satu kajian terhadap wanita Cina bujang di Kuala Lumpur / Pang Siew Cheng

Pang , Siew Cheng (1988) Sikap wanita Cina terhadap perkahwinan: Satu kajian terhadap wanita Cina bujang di Kuala Lumpur / Pang Siew Cheng. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (15Mb) | Preview

    Abstract

    Tema utama kajian ini adalah berkenaan dengan wanita Cina bujang dengan pertikaian mereka ke atas institusi perkahwinan dan isu-isu lain berkaitan. Di samping itu pandangan dari masyarakat Cina umum telah disertakan sebagai perbandingan. Bab 1 memberikan suatu peninjauan ringkas ke atas karya-karya tertulis mengenai bidang kajian ini yang pernah dilaksanakan, diikuti oleh objektif kajian, bidang kajian, methodologi penyelidikan (termasuk rekabentuk sampel) dan akhir sekali masalah kajian yang dihadapi oleh pengkaji semasa menjalankan penyelidikan. Bab 2 pula membincangkan teori-teori mengenai i- wanita dan budaya dalam konteks masyarakat Cina secara khusus dan kedudukan mereka dalam konteks yang lebih universal secara amnya. ii- wanita dan perkahwinan di mana melihat perubahan dalam institusi perkahwinan masyarakat Cina dari tradisi ke moden terutama dari segi tatacara perkahwinan dan undang-undang vang dikenakan ke atas perkahwinan bukan umat Islam. Selain dari teori, konsep bujang telah disertakan dengan ringkas dalam memperlihatkan bagaimana wujudnya istilah stigma sosial seperti uspinster" dan hold maid" (anantua). Dalam Bab 3 pengkaji telah membuat suatu peninjauan terperinci tentang latar belakang responden-responden dan keluarga mereka demi untuk omt memperlihatkan kedudukan sosioekonomi serta corak hidup mereka. Seterusnya dalam Bab 4 pula, perbincangan berkisar dalam lingkungan kecenderungan kewujudan diskriminasi sikap prasangka dan stigma sosial dalam persekitaran sosial khusus dan umum, di samping melihat corak gaya hidup mereka. Bab 5 pula memaparkan pandangan responden dan masyarakat umum terhadap institusi perkahwinan dan isu-isu yang berkaitan untuk melihat percanggahan. keselarasan dan perubahan sesama pandangan mereka. Dalam Bab penutup faktor-faktor yang menyebabkan perkahwinan lewat disertakan bersama-sama dengan rumusan penemuan-penemuan lain hasil dari kajian ini. Seterusnya pengkaji telah mengemukakan beberapa persoalan tentang wanita bujang dan institusi perkahwinan di zaman moden di mana memerlukan berbagai kajian yang lebih mendalam. Di samping ltu pengkaji telah menyatakan beberapa kekurangan dalam kajiannya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1987/1988.
    Uncontrolled Keywords: Chinese woman; Single woman; Married life
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 05 Mar 2019 04:26
    Last Modified: 05 Mar 2019 04:27
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9251

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item