Kesan modul latihan kompetensi terhadap kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan efikasi kendiri kaunselor pelatih / Azad Athahiri Anuar

Azad Athahiri, Anuar (2018) Kesan modul latihan kompetensi terhadap kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan efikasi kendiri kaunselor pelatih / Azad Athahiri Anuar. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1573Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (1935Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai modul latihan kompetensi kaunseling pelbagai budaya bagi mengkaji kesannya terhadap kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan efikasi kendiri dalam kalangan kaunselor pelatih di universiti awam Malaysia. Gabungan prosedur pembinaan modul oleh Sidek (2001) dan ADDIE (Gustafson & Branch, 2007) telah digunakan dalam membangunkan modul latihan kompetensi kaunseling pelbagai budaya berdasarkan model kompetensi kaunseling pelbagai budaya oleh Sue dan rakan-rakan (1992). Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian eksperimental kuasi (Quasi experimental) untuk menilai kesan modul latihan kompetensi kaunseling pelbagai budaya. Kajian eksperimental ini melibatkan seramai enam puluh orang kaunselor pelatih yang dipilih secara rawak dari tiga buah universiti awam. Tiga puluh kaunselor pelatih mewakili kumpulan rawatan dan tiga puluh mewakili kumpulan kawalan. Subjek kajian menjalani ujian pra dan pasca bagi melihat kesan modul latihan kompetensi kaunseling pelbagai budaya. Manakala ujian pasca lanjutan turut dijalankan selepas sebulan berakhirnya rawatan untuk melihat kesan jangka panjang modul latihan kompetensi kaunseling pelbagai budaya. Alat ukur Multicultural Awareness, Knowledge, and Skills Survey-Counselor Edition-Revised (MAKSS-CE-R: Kim et al., 2003) digunakan untuk menilai kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan alat ukur Counselor Activity Self-Efficacy Scales (CASES: Lent et al., 2003) telah digunakan untuk menilai efikasi kendiri subjek. Kaedah statistik ujian t tidak bersandar digunakan bagi menilai perbezaan antara kumpulan rawatan dan kawalan. Ujian t bersandar pula digunakan untuk menilai perbezaan antara ujian pasca dan

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Multicultural counselling competencies; Self-efficacy; Multicultural counselling; Multicultural counselling training
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
      L Education > L Education (General)
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 20 Mar 2019 04:12
      Last Modified: 11 Jan 2021 08:16
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9274

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item