Sistem Test Bank / Mohammad Zam Jarkoni

Mohammad Zam , Jarkoni (2001) Sistem Test Bank / Mohammad Zam Jarkoni. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's degree)
Download (20Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini dilakukan bagi memenuhi syarat bagi kursus WXET 3181 (Latihan Ilmiah I) di mana pelajar yang mengambil kursus ini dikehendaki menyiapkan satu kertas kerja bagi projek yang akan dibangunkan untuk WXET 3182 (Latihan Ilmiah II). Untuk tujuan itu saya telah memilih untuk menyiapkan satu cadangan kertas kerja bagi sistem Test Bank iaitu sistem untuk penyimpanan soalan-soalan peperiksaan bagi kursus-kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Sistem ini merupakan sistem berasaskan web dan berfungsi secara atas talian. Pengguna perlu memasukkan login id dan katalaluan bagi mendapat capaian ke dalam sistem. Ini dilakukan bagi memastikan keselamatan data dan keutuhan sistem tidak terjejas. Memandangkan Test Bank ini merupakan satu sistem baru, maka pelaksanaannya mungkin memerlukan usaha yang berterusan bagi memastikan ianya menepati kehendak. Bagi membangunkan sistem ini, beberapa perisian yang sesuai telah dikenalpasti untuk digunakan dan diharap ianya akan mendatangkan hasil sebagaimana yang diharapkan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Test bank system; Data management
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 30 Jan 2019 01:57
    Last Modified: 30 Jan 2019 01:57
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9524

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item