Peranan kaum wanita dalam bidang sosio-ekonomi (Satu Kajian Kes Di Mukim Jabi, Alar Setar, Kedah) / Ramlah Ishak

Ramlah, Ishak (1985) Peranan kaum wanita dalam bidang sosio-ekonomi (Satu Kajian Kes Di Mukim Jabi, Alar Setar, Kedah) / Ramlah Ishak. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree)
Download (15Mb) | Preview

    Abstract

    Pemuda harapan bangsa Pemudi tiang negara. Begitulah bunyinya pepatah Melayu yang mencerminkan kepentingan peranan kaum wanita dalam sesebuah negara yang di ibaratkan sebagai benteng yang menegakkan kestabilan negara. Berseiring dengan kerjasama daripada kaum lelaki. Justeru itu, penulisan ini adalah untuk meninjau sejauhmanakah pepatah Melayu ini dapat diaplikasikan dalam komuniti luarbandar umumnya dan komuniti yang dikaji lain khasnya. Dalam bab 1 dinyatakan tentang tujuan, bidang, kepentingan dan masalah-masalah yang dihadapi ketika menjalankan penyelidikan, serta kaedah-kaedah yang digunakan. Penghuraian teori-teori dan konsep juga dibincangkan untuk memudahkan lagi pemahaman terhadap penulisan ini. Manakala dalam bab 2 ditinjau secara keseluruhannya dari segi latarbelakang kawasan kajian ini. Aspek-aspek kedudukan geografi, ekonomi, sosial, institusi kepimpinan juga telah disentuh. Untuk melihat apakah peranan-peranan yang di mainkan oleh kaum wanita sebagai suri rumahtangga maka perbincangan dibuat di dalam bab 3. Aktiviti-aktiviti sosial, politik dan juga hal-hal di luar persekitaran rumahtangga juga dibincangkan dalam bab ini. Dalam bab 4 dilihat apakah peranan-peranan yang di mainkan oleh kaum wanita dalam komuniti ini dari segi aktiviti ekonomi. Didapati terdapat berbagai bidang yang diceburi samada dalam pertanian dan bukan pertanian. Akhir sekali dalam bab kesimpulan pengkaji memberikan pandangan-pandangan tentang faktor-faktor yang menjadi penghalang dan pendorong kepada penglibatan kaum wanita dalam aktiviti di dalam dan di luar rumahtangga. Rumusan dibuat dengan dengan mengaitkan teori-teori dan konsep-konsep yang diperkenalkan ke atas peranan peranan yang dimainkan itu dan berdasarkan kepada komuniti kajian ini, akan dil ihat sejauhmanakah kebenarannya teori-teori tersebut.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986.
    Uncontrolled Keywords: Wanita; Sosio-ekonomi; Suri rumahtangga; Aktiviti pertanian
    Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 17 Apr 2019 08:26
    Last Modified: 17 Apr 2019 08:26
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9815

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item