Masrina , Wijee (2002) Sistem maklumat pembayaran zakat / Masrina Wijee. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Sistem maklumat bagi pembayaran zakat atau akronimnya e-Zakat merupakan satu aplikasi berasaskan web yang dibina untuk menyediakan satu perkhidmatan bagi pengguna mengetahui jumlah bayaran zakat tertentu yang wajib dibayar oleh mereka dengan cara yang mudah dan pantas melalui perkembangan teknologi maklumat. Selain daripada itu, sistem ini juga dilengkapi dengan informasi mengenai zakat yang dipetik berlandaskan Al-Quran. Sunnah Nabi dan pendapat para ulamak. Sistem ini terbahagi kepada dua modul utama iaitu modul pengguna dan modul pentadbiran. Modul pengguna akan menyed.iakan kemudaban bagi peogiraan kelapan-lapan jenis zakat Selain itu, modul ini juga menyediakan beberapa fungsi lain seperti pertanyaan dan rujukan. Modul pentadbir pula merujuk kepada proses penyelenggaraan pangkalan data, penambahan buku alamat serta pengemaskinian data dan maklumat tertentu berkaitan zakat. e-Zakat dibangunkan dengan menggunakan bebrapa peralatan seperti Personel Web Server (PWS) sebagai pelayan web, Miaosoft Access 2000 bagi perisian pengurusan pangkalan data, Active Server Page (ASP) sebagai bahasa pengaturcaraan dan Microsoft FrontPage 2000 sebagai perisian pembangunan web. Kewujudan e-Zakat diharapakan memberikan manfaat kepada selurub umat Islam dan menyedarkan mereka akan kepeotingan mengeluarkan zakat selain daripada menunaikan tuntutan agama.
Actions (For repository staff only : Login required)