Masalah perumahan di Kampung Bahru, Ampang, Kuala Lumpur / Lim Yoke Snow

Lim , Yoke Snow (1984) Masalah perumahan di Kampung Bahru, Ampang, Kuala Lumpur / Lim Yoke Snow. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree)
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    Kampung Bahru Cina adalah suatu fenomena sosial yang bermula dalam tahun-tahun 1950an. Ia timbul sebagai kesan langsung daripada tindakan kerajaan British untuk mencegah ancaman komunis di Tanah Melayu. Di dalam usahanya itu, British telah memulakan program petempatan semula penduduk luarbandar di dalam kampung-kampung yang terpagar dan terkawal yang dikenali sebagai kampung-kampung bahru. Masalah perumahan di Malaysia kelihatan semakin ketara dari setahun ke setahun. Penduduk semakin bertambah sedangkan rumah-rumah yang wujud dan yang berada dalam berbagai peringkat pembinaan tidak berkembang dengan kadar yang sama. Dalam kajian ini, penulis akan cuba melihat kaitan di anatara amasalah perumahan ini dengan fenomena kampung bahru Cina di Wilayah persekutuan. Untuk tujuan ini, penulis telah memilih sebuah kampung bahru Ampang. Kertas ini terbahagi kepada lima bahagian. Bahagian pertama, penulis akan melihat tujuan kajian penulisan ini. Dalam bahagian kedua, penulis akan melihat sejarah serta asal usul kawasan kajian serta larbelakang secara umum serta latarbelakang responeden. Bahagian ketiga adalah tertumpu kepada aspek sosial dalam masalah perumahan di kawasan kajian tersebut. Seterusnya, penulis akan melihat aspek-aspek ekonomi dan politik dan kaitannya dengan masalah perumahan di kawasan itu. Sebagai penutup, penulis akan memberi rumusan perjumpaan dan beberapa cadangan unutk mengurangkan masalah itu.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1984.
    Uncontrolled Keywords: Kampung bahru Cina; Dasar pihak British; Penempatan kaum
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 26 Jun 2019 03:28
    Last Modified: 26 Jun 2019 03:28
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9866

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item