Sistem Kenali Diri / Mohd Nor Zaini Mohamed

Mohd Nor Zaini , Mohamed (2000) Sistem Kenali Diri / Mohd Nor Zaini Mohamed. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    Perkembangan teknologi dan ledakan maklumat yang berlaku akhir-akhir ini telah menyaksikan pembangunan teknologi maklumat dan Internet yang lebih drastik. Banyak laman-laman web yang telah dibina untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Sistem Kenali Diri merupakan salah satu sistem yang terdapat didalam projek fakulti bagi Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Malaya. Sistem ini akan dibangunkan bagi membolehkan mahasiswa FSKTM menggunakannya untuk mendapatkan maklumat mengenai psikologi mereka seperti personaliti, motivasi dan sebagainya, bagi membantu meningkatkan daya belajar mereka. Sistem ini boleh dicapai oleh pelajar dengan menggunakan komputer yang mempunyai sambungan ke Internet. Sistem Kenali diri ini akan mengandungi soalan-soalan berbentuk pengujian minda dan psikologi bagi membolehkan sistem mengetahui ciri-ciri psikologi seseorang. Sistem yang akan dibangunkan ini akan cuba untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh sistem-sistem terdahulu. Oleh itu kajian dan pemerhatian telah dilak.ukan terhadap laman-taman web yang berasaskan psikologi untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada laman web tersebut. Sistem ini akan dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Visual Interdev 6.0 dan Active Server Pages (ASP) kerana kedua-dua perisian tersebut merupakan perisian yang baik untuk membangunkan sistem yang berasaskan laman web.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2000/2001.
    Uncontrolled Keywords: Information technology: Internet access; Websites
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 14 Jun 2019 10:54
    Last Modified: 14 Jun 2019 10:54
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9969

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item