Sistem pengurusan kertas peperiksaan FSKTM / Syarimie Abdul Rahman

Syarimie, Abdul Rahman (2004) Sistem pengurusan kertas peperiksaan FSKTM / Syarimie Abdul Rahman. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (26Mb) | Preview

    Abstract

    Terdapat pelbagai strategi pembelajaran yang digunakan oleh para pelajar di institut pengajian tinggi bagi mencapai hanya satu objektif iaitu mendapatkan keputusan yang baik bagi setiap kursus yang diambil. Bagi tujuan tersebut para pelajar mencuba sedaya upaya mencari sumber rujukan sampingan selain daripada nota kuliah dan buku rujukan. Salah satu daripada rujukan alternatif ialah dengan menggunakan kertas soalan peperiksaan tahun-tahun lepas sebagai satu strategi. Oleh yang demikian, kesedaran terhadap kepentingan untuk mempunyai satu sistem pengurusan bagi kertas soalan peperiksaan yang sistematik memberi idea untuk membangunkan sistem pengurusan kertas peperiksaan ini. Sistem ini merupakan sebuah sistem yang berasaskan web yang dapat menyimpan, memapar, dan mengemaskini kertas soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dengan membenarkan pengguna untuk mendapatkan kertas tersebut dengan mudah dan cepat melalui capaian atas-talian. Sistem ini diharapkan dapat membantu untuk mengatasi masalah kesukaran untuk mendapatkan kertas soalan peperiksaan tahun-tahun lepas sebagai rujukan. Ini adalah kerana ketiadaan satu sistem yang benar-benar fleksibel dan sistematik untuk menguruskan dan menyediakan pangkalan data kertas soalan untuk para pelajar pada masa kini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003/2004.
    Uncontrolled Keywords: Sistem pengurusan kertas peperiksaan; FSKTM; Pengurusan maklumat; Nota kuliah
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 08 Jul 2021 14:03
    Last Modified: 08 Jul 2021 14:03
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9980

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item