Syarul Neezam, Yahaya (2005) Sistem permainan Islamiah untuk kanak-kanak (puasa) / Syarul Neezam Yahaya. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree) Download (28Mb) | Preview |
Abstract
Permainan islamiah kanak-kanak (Puasa) merupakan sebuah permainan yang berasaskan pembelajaran tentang agama islam dan ia dibangunkan untuk kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah. Permaianan ini adalah berkongsepkan multimedia interaktif dan ia menekankan pembelajaran tentang ibadat puasa iaitu syarat sah puasa, rukun puasa, syarat batal puasa, sunat-sunat puasa dan bacaan niat puasa. Permainan ini dapat dicapai secara 'online' kerana ia dibangunkan berasaskan web. Permaianan ini dibangunkan dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk skop yang lebih luas. Antara objektif permaianan ini dibangunkan adalah untuk merekabentuk antaramuka yang bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak iaitu latar belakang yang berwarna-warni, ceria, imej-imej yang menarik serta antaramuka yang mudah difahami oleh kanak-kanak, guru-guru tadika serta ibu bapa juga dapat menggunakan permainan ini sebagai sumber pengajaran kanak-kanak. Metologi yang digunakan untuk membangunkan sistem ini ialah 'Model Air Terjun dengan Protaip'. Analisis yang akan dijalankan termasuklah pengaturcaraan dalam multimedia, keperluan fungsian dan bukan fungsian serta mengenalpasti keperluan perkakasan dan perisian. Antara perisian yang dikaji ialah Macromedia Director MX, Flash MX, SwiSH Max, C++, 3D Game Studio dan Java. Perkakasan yang akan digunakan ialah komputer peribadi, ingatan utama 256 RAM, network card dan mikrofon. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk membangunkan sistem ini ialah ActionScript, Javascript dan SwishScript.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2004/2005. |
Uncontrolled Keywords: | Permainan Islamiah kanak-kanak; Latihan puasa; Multimedia interaktif |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software |
Divisions: | Faculty of Computer Science & Information Technology |
Depositing User: | Mr Mahadie Ab Latif |
Date Deposited: | 08 Jul 2021 14:00 |
Last Modified: | 08 Jul 2021 14:00 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9981 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |