al-Qiyās dalam perbahasan ilmu kalam menurut al-Amidi: Terjemahan dan analisis teks terpilih daripada kitab Abkār al Afkār / Ruzaimi Ibrahim

Ruzaimi , Ibrahim (2022) al-Qiyās dalam perbahasan ilmu kalam menurut al-Amidi: Terjemahan dan analisis teks terpilih daripada kitab Abkār al Afkār / Ruzaimi Ibrahim. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (204Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A)
    Restricted to Repository staff only until 31 December 2024.

    Download (3075Kb)

      Abstract

      Kajian ini tertumpu kepada perbahasan al-qiyās menurut al-Amidi. Secara umumnya ia menyentuh tentang kaedah pendalilan yang digunakan dalam mengukuhkan sesuatu pendirian yang berkaitan dengan usul al-din, di mana kaedah al-qiyās yang merupakan sebahagian daripada metode dalil ‘aqli telah mengalami beberapa perubahan dan penambahbaikan sama ada dari sudut māddahnya atau ṣūrahnya sejak daripada ia mula diaplikasikan dalam perbahasan ilmu kalam, khususnya ilmu kalam al-Ashā’irah. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan yang melibatkan tiga metode utama: Pertama, pengumpulan data, metode ini digunakan pada bab kedua yang membahaskan berhubung latar belakang dan ketokohan al-Amidi, begitu juga pada bab keempat ketika proses pengumpulan maklumat sebelum analisis. Kedua, terjemahan teks, metode ini digunakan pada bab ketiga dimana pengkaji menterjemah teks terpilih daripada kitab Abkār al-Afkār kepada bahasa Melayu. Ketiga, menganalisis data, dimana metode ini dilaksanakan melalui tiga kaedah; iaitu kaedah deduktif, induktif dan perbandingan, ia digunakan ketika melakukan kajian dalam bab keempat yang menumpukan analisis terhadap kaedah al-qiyās, begitu juga ia turut digunakan pada bab kedua. Al-Amidi yang merupakan salah seorang mutakallim yang begitu kukuh penguasaannya terhadap ilmu-ilmu ‘aqliyyah telah menjadikan kaedah al-qiyās sebagai kaedah utama dalam perbahasan ilmu kalam yang dikemukakan. Tumpuan utama kajian ini adalah berkaitan perkembangan kaedah al-qiyās dan penambahbaikan yang dilakukan oleh al-Amidi. Ia dimulai dengan perbahasan berkaitan konsep dalil kemudian diikuti dengan pembentukan sesuatu pernyataan dan seterusnya pembinaan al-qiyās sebagai kaedah pendalilan. Kesimpulan daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa al-Amidi telah mengukuhkan dan memperkemaskan kaedah al-qiyās, sama ada dari sudut al-māddah atau al-ṣūrah, bahkan dalam keadaan tertentu beliau berupaya mengharmonikan di antara beberapa pandangan yang berbeza, seperti perbezaan konsep dalīl antara al-Razi dan jumhur al-Ashā’irah. Seterusnya beliau mengaplikasikan kaedah tersebut dalam perbahasan ilmu kalam seperti yang beliau kemukakan dalam kitab Abkār al-Afkār.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2022.
      Uncontrolled Keywords: Al-Amidi; Al-Qiyas; Al-Māddah; Al-Sūrah; Ilmu kalam; Abkar al-Abkar
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 28 May 2023 02:01
      Last Modified: 28 May 2023 02:01
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14450

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item