Aliran kritik hadith terhadap isu-isu dalam Muqaddimah Sahih Muslim: Kajian perbandingan antara Rabiʻ al Madkhali dan Hamzah al-Malyabari / Ibrahim Adham Mohd Rokhibi

Ibrahim Adham , Mohd Rokhibi (2022) Aliran kritik hadith terhadap isu-isu dalam Muqaddimah Sahih Muslim: Kajian perbandingan antara Rabiʻ al Madkhali dan Hamzah al-Malyabari / Ibrahim Adham Mohd Rokhibi. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (183Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Restricted to Repository staff only until 31 December 2024.

    Download (2078Kb)

      Abstract

      Wacana kritik hadith semakin rancak dibahaskan dalam kalangan pengkaji semasa pada masa kini melalui kajian terhadap pelbagai kitab dalam bidang hadith. Situasi ini menunjukkan reaksi positif para pengkaji terhadap perkembangan berkaitan ilmu hadith. Antara sarjana yang turut terlibat dalam wacana ini ialah Rabīʻ al-Madkhalī dan Ḥamzah al-Malyabārī yang merupakan di antara tokoh-tokoh Islam yang berpengaruh. Kedua-dua tokoh pernah saling berbahas berkenaan isu-isu yang berlaku dalam Muqaddimah Ṣaḥīḥ Muslim di mana mereka mempunyai manhaj yang berbeza dalam memahami teks Imam Muslim. Perbezaan yang jelas dapat dilihat apabila berlaku pertembungan pemahaman metode Ṣaḥīḥ Muslim antara kedua tokoh termasuk polemik terhadap isu penerimaan hadith ḍaʻīf menurut Imam Muslim. Seterusnya, isu berkaitan keberadaan hadith-hadith berillat dalam sahihnya, isu metode penerangan hadith berillat dan isu perbezaan penetapan status hadith. Lantaran itu, timbul beberapa persoalan yang perlu dikaji antaranya latar belakang pendidikan kedua tokoh, idea penulisan Ṣaḥīḥ Muslim, tujuan hadith berʻillah dimasukkan ke dalam Ṣaḥīḥ Muslim dan aliran kritik hadith kedua tokoh terhadap isu-isu dalam muqaddimah Ṣaḥīḥ Muslim. Persoalan-persoalan ini telah melahirkan empat objektif yang memandu kajian ini. [Pertama] menjelaskan aliran kritik hadith semasa dan idea penulisan Ṣaḥīḥ Muslim. [Kedua] menghuraikan latar belakang kehidupan Rabīʻ al-Madkhalī dan aliran pemikirannya dalam wacana hadith. [Ketiga] mendedahkan latar belakang kehidupan Ḥamzah al-Malyabārī dan aliran pemikirannya dalam wacana hadith. [Keempat] menganalisis aliran kritik hadith Rabīʻ al-Madkhalī dan Ḥamzah al-Malyabārī terhadap isu-isu dalam muqaddimah Ṣaḥīḥ Muslim. Bagi menyelesaikan objektif tersebut, kajian dilakukan berasaskan kajian kepustakaan (library research) bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polemik dan perbincangan antara kedua-dua tokoh tersebut. Kemudian, keseluruhan data tersebut dianalisis menggunakan metode induktif, deduktif, analisis kandungan dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua tokoh mempunyai kepakaran dalam perbahasan manāhij muḥaddithīn dan ʻilal. Namun, terdapat perbezaan pendekatan metodologi kritik hadith antara kedua-dua tokoh iaitu pemahaman terhadap konsep ʻillah, penerimaan hadith daʻif di sisi Imam Muslim, keberadaan ʻillah serta metode penerangan ʻillah dalam Ṣaḥīḥ Muslim dan penetapan status hadith. Berdasarkan kepada perbezaan tersebut, kajian mendapati bahawa setiap tokoh mempunyai hujah dalam melakukan kritikan terhadap hadith-hadith dalam Ṣaḥīḥ Muslim. Dalam hal ini, kajian merumuskan bahawa pendekatan Rabīʻ al-Madkhalī sesuai digunakan untuk pemula dalam bidang hadith, manakala pendekatan Ḥamzah al-Malyabārī pula lebih sesuai diterapkan dalam kalangan pengkaji semasa atau ahli akademik.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2022.
      Uncontrolled Keywords: Kritik hadith; Saḥīḥ Muslim; ʻIllah; Rabīʻ al-Madkhalī; Ḥamzah al-Malyabārī
      Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
      B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 23 Jun 2023 07:42
      Last Modified: 23 Jun 2023 07:42
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14465

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item