Analisis konsep ketuhanan dalam Buddhisme menurut perspektif Islam / Ahmad Zakwan Mohd Fadzil

Ahmad Zakwan, Mohd Fadzil (2018) Analisis konsep ketuhanan dalam Buddhisme menurut perspektif Islam / Ahmad Zakwan Mohd Fadzil. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (2085Kb)

    Abstract

    Keyakinan kepada tuhan merupakan tunjang keyakinan dalam setiap agama. Tunjang utama ini wajar difahami oleh setiap penganut beragama bersesuaian dengan tuntutan falsafah ajaran sesebuah agama. Ini kerana keyakinan terhadap tuhan merupakan dasar bagi setiap individu penganut menjalani kehidupan beragamanya agar sentiasa berada dal am ruang lingkup ajaran agama. Ia turut mempastikan bahawa setiap penganut beragama memahami kehendak dan tuntutan falsafah ajarannya dan sekaligus menjadikannya sebagai umat beragama taat dan patuh kepada perintah tuhan. Pun begitu, konsep keyakinan kepada tuhan ini berbeza antara sebuah agama dengan yang lainnya selaras dengan tuntutan setiap ajaran. Hampir semua agama meyakini bahawa Pencipta Agung itu adalah tuhan yang satu yang sering dirujuk sebagai konsep monoteisme. Ajaran Buddha turut menerima konsep monoteisme, tetapi dalam masa yang sama turut mengangkat konsep kepercayaan dan sembahan dewa. Bahkan turut dinyatakan Buddhisme tidak mengajarkan sama sekali konsep ketuhanan. Perihal ini telah ditemui dalam sorotan beberapa kajian ilmiah dan turut diakui oleh penganut Buddhisme. Ini memperlihatkan seolahnya konsep keyakinan tuhan dalam Buddhisme tidak absolute serta boleh dan mudah berubah. Perihal ini menarik untuk dikaji lebih lanjut dalam usaha melihat pemaknaan sebenar konsep ketuhanan dalam Buddhisme daripada perspektif Buddhisme. Untuk memahami perihal tersebut, kajian ini menggunakan metode perpustakaan dan turut disokong melalui data temubual kepada para pakar dan pengamal ajaran Buddhisme. Kajian ini mendapati bahawa konsep wujud tuhan dan sembahan tuhan itu adalah hasil persepsi masyarakat penganut Buddhisme yang turut dipengaruhi sosio budaya tempatan serta nilai fitrah sehingga melahirkan konsep ateisme, teisme dan politisme. Konsep tersebut bukan dari ajaran asal Buddha yang lebih menekankan dharma dalam aspek etika dan moral untuk jaminan pencapaian nirvana dan pembebasan hukum karma dan lingkaran samsara.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Agama; Ketuhanan; Buddhisme; Islam; Samsara
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    B Philosophy. Psychology. Religion > BQ Buddhism
    B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 21 Jun 2023 07:40
    Last Modified: 21 Jun 2023 07:40
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14533

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item