Pembangunan model ekologi spiritual Islami untuk Pendidikan Islam / Wan Nornajmiwati Wan Ab Rahman

Wan Nornajmiwati Wan , Ab Rahman (2020) Pembangunan model ekologi spiritual Islami untuk Pendidikan Islam / Wan Nornajmiwati Wan Ab Rahman. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (206Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (3652Kb)

      Abstract

      Pendidikan yang holistik amat penting untuk membangunkan potensi pelajar secara keseluruhan. Ini menunjukkan, selain dari aspek jasmani, intelek dan emosi, aspek kerohanian juga perlu dititik beratkan dalam proses pendidikan. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukuhkan nilai spiritual pelajar melalui penghayatan terhadap elemen ekologi. Berdasarkan kaedah kajian Reka Bentuk dan Pembangunan oleh Richey dan Klien (2007), kajian pembangunan model ini telah dilaksanakan secara tiga fasa. Objektif kajian bagi Fasa 1 (analisis keperluan) ialah: mengenalpasti keperluan pembangunan model melalui tahap kefahaman pelajar dan pandangan pakar. Objektif kajian bagi Fasa 2 (reka bentuk) ialah: mereka bentuk model melalui analisis dokumen dan kesepakatan pakar. Objektif kajian bagi Fasa 3 (penilaian) ialah: penilaian kepenggunaan model dari retropeksi pelajar. Model ini dibangunkan bersandarkan kepada pemikiran al-Ghazali (t.th), serta dalil-dalil al-Quran berhubung ekologi. Di samping itu, model ini juga dibangunkan berdasarkan Model Penghayatan Akidah al-Ghazali, Teori Pembelajaran konstruktivisme dan Teori Pembelajaran Bloom. Dalam kajian Fasa 1, satu soal selidik telah diedarkan kepada 200 pelajar daripada 4 buah sekolah menengah di Negeri Kedah. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) dan diinterpretasi dalam nilaian min. Dapatan menunjukkan 10 item yang berkaitan dengan konsep ekologi spiritual berada pada tahap skor min yang sangat tinggi, iaitu min skor antara 4.21-5.00. Selain itu, untuk menyokong hasil dapatan daripada soal selidik, pengkaji telah menemubual 4 orang pakar yang terdiri daripada seorang pensyarah kanan bidang Pendidikan Islam sebuah IPTA dan 3 orang guru Pendidikan Islam. Dapatan kajian telah menunjukkan pakar bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk model ini dibangunkan. Seterusnya, dalam Fasa 2, kajian dilaksanakan dengan menggunakan Fuzzy Delphi Method. Satu instrumen soal selidik telah dibangunkan berdasarkan sorotan kajian dan dapatan analisis keperluan untuk dinilai oleh 16 orang pakar. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah FDM dan 3 syarat penerimaan pakar iaitu nilai Threshold (d) ≤ 0.2, nilai peratus kesepakatan pakar ≥ 75% dan skor fuzzy (A) ≥ nilai α – cut = 0.5 . Hasil dapatan kajian menunjukkan 51 item yang dikemukakan telah mendapat kesepakatan pakar manakala terdapat 3 item telah ditolak oleh pakar iaitu 1 item dalam medium pembelajaran dan 2 item dalam konstruk impak pembangunan model. Seterusnya dalam Fasa 3, kajian telah melibatkan 80 orang pelajar muslim tingkatan empat dari 4 buah sekolah di utara semenanjung iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis. Dalam fasa ini, kajian dijalankan menggunakan Teknik Kumpulan Nominal yang diubahsuai yang bersifat semi kualitatif. Data yang diperolehi melalui borang soal selidik telah dianalisis menggunakan nilai peratusan dan syarat penerimaan bagi setiap item dalam fasa ini ialah mesti melebihi 70%. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan 51 item yang dikemukakan telah diterima iaitu memperolehi nilai penilaian melebihi 70%. Selain itu, ulasan keseluruhan penilaian pelajar terhadap model adalah sangat baik. Secara keseluruhannya, dapatan kajian bagi Fasa 1: analisis keperluan, Fasa 2: reka bentuk dan dapatan Fasa 3: penilaian telah menjawab persoalan dan objektif kajian. Kajian ini akhirnya mencadangkan satu Model Ekologi Spiritual Islami Untuk Pendidikan Islam dibangunkan dengan tujuan mengukuhkan nilai spiritual pelajar.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Kerohanian; Alam; Ekologi; Akidah; Pendidikan Islam
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Educational Foundations & Humanities
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 10 Jul 2023 06:09
      Last Modified: 10 Jul 2023 06:09
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14603

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item